Sunday, August 17, 2008

AVRIL LAVIGNE

Assalamualaikum,

Saya mengenali nama ini apabila membaca Readers Digest beberapa tahun dahulu. Kalau tidak saya tak tahu. Juga saya teringat semasa bersekolah agama dulu, ustaz saya ada mengatakan bahawa satu ketika pada zaman Rasullullah s.a.w. datang satu rombongan show untuk membuat show, Aisyah teringin sangat untuk melihatnya, lalu meminta izin dari baginda. Apabila show itu bermula, baginda mengangkat Aisyah melepasi tingkap supaya dia dapat melihat show tersebut, tetapi baginda sendiri tidak menontonnya. Teringat juga zaman saya pelajar di luar negara, bertemu dengan Anwar Ibrahim, beliau menceritakan kepada saya cerita yang sama. Beliau menambah, Rasulullah tidak melarang perkara tersebut, tetapi untuk diri baginda, hiburan seperti itu tidak disukainya.
Saya tidak bertemu dengan hadis ini lagi. Sesiapa yang menjumpainya, harap dapat maklumkan sumbernya.
Begitu juga dengan makan dhab, sejenis biawak padang pasir. Baginda telah dihidangankan dengan hidangan ini, Khalid ibnu Walid terus memakannya, tetapi baginda tidak. Bermaknya, perkara tersebut diharuskan, tetapi baginda secara personal, tidak mahukannya.
Saya sendiri telah lama membuang muzik muzik dan hiburan dalam rutin hidup saya. Sebabnya ialah apabila kita hendak beramal ibadat yang khusyuk, perkara-perkara ini, muzik, berhibur dan berleka leka, pada saya mengganggu ibadat saya. Seperti menuang air dalam gelas, kalau hendakkan air itu berada dalam gelas, udara mesti keluar, dan tempat undara tersebut diambil oleh air.
Tetapi kalau orang lain hendak berhibur, dan tidak mahu mengikut cara saya, amat sukar sekali untuk saya memaksa orang tersebut mengikuti cara saya ini. Sebab itulah ia menjadi satu tugas dan perjuangan yang berterusan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai perkara ini. Hatta sehingga ahli keluarga pun tidak dapat dipaksa kalau mereka tidak mahu mengikuti suluk yang kita ambil. Cuma kita kena beri kefahaman dan resapkan rasa kegerunan terhadap Allah dalam diri mereka. Yang penting unsur hiburan yang melampau sehingga melepasi batas-batas syarak itu semesti dan seharusnya terus dihindarkan.
Ini yang menjadi masalah. Di manakah batas atau sempadan antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' dan yang dilarang oleh syara'. Bolehkah kita sentiasa awasi bidang hiburan dan mereka yang berhibur serta yang terlibat dengan dunia hiburan ini agar mereka sentiasa berada diperbatasan yang diluluskan oleh syara' dan tidak menyeberang ke sebelah sana yang dilarang. Dan siapakah standard bearer dalam perkara ini.
Kerap kali kita terdengar, pemuda kita, yang berjuang atas wadah Islam, menentang usaha yang dibuat untuk membawa artis-artis daripada membuat show di negara kita. Kita faham dan hormati pandangan tersebut. Konsert Avril Lavigne yang dijadualkan akan berlangsung tidak berapa lama lagi telah pun mendapat isyarat tentangan dari pemuda kita. Sebelum ini konsert Inul telah dibatalkan, atas dasar apa ia dibatalkan saya tidak mengikuti sepenuhnya, tetapi yang sah ialah telah dibatalkan.
Saya setuju bahawa konsert-konsert seperti ini membawa unsur negatif kepada masyarakat kita, terutamanya generasi muda. Bercampur aduk lelaki perempuan, sengaja meninggalkan solat apabila tiba waktunya, terutama waktu magrib yang pendek tempohnya, mencambahkan seribu budaya negatif yang menjerumuskan muda mudi kita ke lembah kehinaan. Kesemuanya ini kita tidak mahu menjangkiti generasi muda mudi kita. Sebab itulah kita tentang.
Tetapi di sana ada ruang yang membolehkan kita berlunak dalam perkara ini. Inilah yang menimbulkan persoalan dan fitnah. Bagaimanakah kita boleh meluluskan atau membiarkan berlangsungnya konsert Sheila on 7 yang dilaporkan mencetuskan pergaduhan antara penonton yang diberitkan rata-rata terdiri daripada mat dan minah indon. Bagaimana seorang penyanyi tempatan yang membuka bajunya semasa membuat show dikenakan tindakan, sementara penyanyi undangan dari luar negara melakukan perkara yang sama tidak kena apa apa tindakan pun. Bagaimana pula dalam satu demonstrasi yang diadakan oleh penyokong PR di sebuah stadium, artis yang membuat persembahan melondehkan seluarnya, dan kita tak terkata apa apa.
Kalau sekiranya pemerintahan Islam berjaya ditegakkan di Malaysia ini, bagaimanakah bentuk hiburan yang hendak dihidangkan kepada rakyat? Cara Raihan?Cara Rabbani?Inul?Peter Pan? Avril Lavigne? Yang metal samada black ke red ke macam mana? yang shuffle pula macam mana?Adakah semuanya nanti haram haram dan haram atau macam mana? macam mana pula kita nak raikan rakan dan warga yang bukan Islam serta selera berhibur mereka?
Jawapannya ialah kitalah yang kena mencartakan perjalanan ini. Peta perjalanan belum dibuat. Kitalah yang melukis petanya.