Friday, August 22, 2008

CHAR KOEY TEOW DI PERMATANG PAUH

Assalamualaikum,

Sambil menunggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, perut kami, saya dan isteri, telah lapar. Berhenti dan santap di sbah gerai char koey teow di pekan kecil tersebut terasa menyegarkan juga. Sebelum ini, saya lihat puluhan trak FRU di Seberang Jaya, diparkir bersbelah sebuah hotel. Sambil mengisi petrol disebuah setesyen minyak, saya berbual dengan pembantu setesen, orang tempatan keturunan India yang telah berumur 71 tahun. Dia kata kami tak percaya apa yang saipol cakap. nanti tuhan akan turunkan bala pada dia. Kalau betul betul dia kena, kenapa sudah 8 kali batu mau buat repot?
Kami bersembahyang Magrib jamak di Masjid Jame' Seberang Jaya, dan kemudian terus menuju ke Permatang Pauh. Kerana tidak tahu susunan program ceramah, maka kami telah telepas peluang untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh DSAI di Majid Batu, Kampung Pertama, 13500 Permatang Pauh. Sebab itulah kelihatan ramai orang bersembhayang dan ramai peniaga berniaga di situ. Selepas itu barulah kami bergerak ke tempat ceramah di Padang Taman Janggus, Kampung Pertama, Permatang Pauh.
Dalam ceramah pertama diberi tahu bagaimana ahli exco Perak yang dituduh rasuah sebenarnya di frame; beliau awalnya dilaporkan ditangkap dihotel, tetapi mengikut ceramah, sebenarnya di kedai makan. Sewaktu sedang duduk di kedai, datang orang yang tidak dikenali meletakkan bag atas meja dan terus datang orang yang lain pula buat tangkapan. Saya berkata dalam hati... hmm, akan teliti lagi kesahihan kedua dua versi tersebut.
Ketibaan DSAI memang sentiasa dikawal ketat, bukan sahaja oleh pembantu beliau, tetapi juga oleh polis yang beruniform dan pastinya yang tidak beruniform. Kenderaan polis pun begitu banyak sekali. Tetapi sempat juga saya bersalaman dengan beliau. Beliau menyentuh pelbagai isu, terutamanya menurunkan harga minyak sebaik dinobat memegang tampuk kuasa. Beliau juga menyentuh tentang si bengap dua orang tu. Satu di UUM dan satu lagi UiTM. Anda tahu siapa kan?
Yang tidak ada pada penceramah lain tetapi dipunyai oleh DSAI ialah perasaan elektrik, atau besi berani yang dialami oleh orang ramai apabila beliau berceramah. memang terasa seolah ditarik kepada karisma beliau seperti ada besi berani yang menarik. Saya lihat ramai non Melayu, terdiri daripada orang Cina dan India turut hadhir dalam ceramah tersbut.
Saya lihat, persoalan di sini ialah berapakah majoriti yang beliau boleh raih. Tetapi semasa beliau berceramah ada juga sedikit rasa kegelisahan dalam diri saya. Risau kot kot fenomena Benazir Bhutto merebak ke sini pula.