Sunday, August 17, 2008

HISHAMUDDIN RAIS MEMANG PANDAI BERKARYA

Assalamualaikum,

Semasa di MCKK, saya tingkatan 5 dia di tingkatan 6 atas. Dia petah berdebat, dan pertama kali saya lihat pendebat membawa segala buku rujukan ke atas pentas semasa berdebat. Di sekolah sekolah lain, pada ketika itu tak mengenali budaya sedemikian. Dalam HSC dia score kertas Bahasa Melayu yang pada ketika itu ada 3 komponen 1,1,1. Di universiti jumpa dia lagi. Kali ni dia student leader. Lepas demonstrasi 1974, beliau menghilangkan diri, dan kita tahu the rest of the story.
Saya memang meminati tulisan beliau dalam kolum Dari Brickfields di Suara Keadilan. Dalam tulisannya yang menyentuh angsa pet-pet, saya puas tercari cari siapa angsa tersebut. Sebabnya ialah terlalu banyak maklumat yang nak disimpan diotak saya ni. Baru sekarang ini kembali gambaran tentang angsa pet pet tersebut, apabila media memainkan semula pita yang berkaitan dengan orang yang bila bercakap berbunyi pet pet. Saya ingatkan jenama sejenis diaper pakai buang untuk bayi, yang pernah dulu saya gunakan untuk bayi bayi saya.
Bila mengenang kisah lama, timbul rasa kasih pada Hishamuddin ni. Saya mengajak dia mengambil Islam sebagai wadah perjuangan, tauhid sebagai ideologi dan mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan semua ibadat yang diwajibkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Kalau semuanya telah beliau lakukan. Alhamdulillah.