Monday, August 4, 2008

RENTETAN UMRAH: KENANGAN LAMA

Assalamualaikum,

Saya ada seorang kawan bernama Hj. Hamzah Bin Hj. Osman. Dalam tahun 1993 saya, isteri dan seorang anak menunaikan umrah. Semasa kami beratur di kaunter imigresen di Jeddah, secara tidak diduga saya bertemu dengan Tuan Hj. Osman dan isteri, iaitu ibu bapa kepada Hj. Hamzah, yang juga turut beratur. Saya pergi dengan syarikat Elmona, sementara Hj. Osman dengan syarikat Utas. Mereka berdua tidak berapa faham untuk mengisi borang imigresen, maka saya bantu mereka.
Semasa di Makkah, saya secara tidak sengaja bertemu lagi dengan Hj. Osman, saya rasa lebih daripada 1 kali. Pada satu pertemuan, beliau menyatakan telah kehilangan semua wang. Kemudian saya bertanya di mana beliau tinggal, dan kemudian mengingati tempat tersebut. Apabila balik ke hotel, saya usahakan membuat collection dengan rakan-rakan, dan dengan kutipan yang ada, saya mencari apartment Hj. Osman. Alhamdulillah, saya bertemu dia dan dapat menyerahkan kutipan tersebut. Saya masih ingat apa yang dia kata: Dapat cari tempat saya ye? Orang terang hati!
Masa berlalu, dan saya beberapa kali bertemu dengan Hj. Osman, samada di rumah Hj. Hamzah atau di kampungnya, di Belimbing Dalam, Alor Gajah. Dalam tahun 2005, saya rasa teringin sangat untuk mencium Hj. Osman. Saya pun tak tahu kenapa.
Dalam bulan Julai 2005, Hj. Osman datang menziarahi anaknya, Hj. Hamzah. Ada satu majlis di rumah Hj. Hamzah, saya tidak ingat lagi majlis apa, tetapi saya hadhir. Saya bertemu dengan Hj. Osman. Saya peluk dia, dan saya cium dia. Saya amati Hj. Osman, dia pun kelihatan semacam ada satu kelainan.
Pada 10 Ogos 2005, sebulan kemudian, Hj. Osman kembali ke rahmatullah. AlFatihah.