Thursday, September 4, 2008

IMPLIKASI DARIPADA MULUT AHMAD ISMAIL

Assalamualaikum,


Bidang seni memang tidak boleh ditinggalkan atau tidak diparuahkan. Terutamanya seni yang melibatkan permainan atau pemilihan kata kata. Walaupun anda seorang yang terlibat dalambidang yang tidak ada kena mengena dengan seni, namun, anda tetap tidak akan terlepas daripada memerlukannya pada masa masa yang tidak anda jangkakan. Apatah lagi sekiranya anda seorang public figure, atau anda menjawat jawatan awam atau public office, maka seni lebih lebih lagi diperlukan.
Ahmad Ismail pandai berpoliktik, sebab itu dia berjaya memegang jawatan tinggi dalam jersi parti yang disarunginya di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Tetapi team si mat ni tidak tutorialkan dia tentang rhetoric, iaitu bagaimana nak bercakap. Dia bercakap seolah olah bercakap di kedai kopi yang tidak memerlukan sebarang standard atau piawai, dan oleh kerana telah terbiasa dengan cara ini, ia terbawa bawa ke mana sahaja ia bercakap, akhirnya kata katanya itu membawa padah bukan sahaja kepada dia, tetapi juga kepada team dia serta politik negara secara keseluruhannya.
Kalau digunakan istilah istilah yang tepat, tetapi pedih untuk didengar oleh yang punya diri, maka kita akan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Istilah yang tepat untuk spesis seperti ini telah pun saya tuliskan dalam posting yang terdahulu. Boleh tak saya tanya anda, kalau spesis seperti ini apakah istilah yang tepat untuk digunakan kepadanya?
Seriusnya kesan yang timbul hasil daripada ketidakpandaian dia memainkan kata kata dapat dilihat apabila Najib pula yang terpaksa meminta maaf bagi pihak dia. Dan, Lim Kit Siang diberitakan tidak mahu menerima pernyataan maaf tersebut, kerana yang empunya diri tidak meminta maaf. Nasib baik musim bersumpah telah habis, kalau tidak berapa ramailah badut yang diheret untuk bersumpah dalam episod ini.
Juga perlu diingatkan, ini bukanlah kali pertama perlekehan kepada etnik bukan Melayu telah dihamburkan oleh ahli politik UMNO. Telah banyak kali berlaku, tetapi kerabat UMNO pun jenis peghak yang masih lagi menggayutkan dagu mereka di punggung UMNO. Apabila DAP mengenengahkan insiden ini barulah kerabat yang lain terlatah dan terkodek membuat laporan polis.
Impliksai daripada insiden ini ialah pertama: UMNO memang parti racist. Walaupun ada artikel semalam dalam utusan malaysia yang mengatakan orang Melayu tu sebenarnya adalah santun, tetapi yang menjadi persoalan ialah bukan orang Melayu, tetapi UMNO. Yang santun tu ialah orang Melayu, yang lanun tu ialah UMNO. Tidak boleh disamakan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Inilah penyelewengan yang sekian lama diputar semula oleh mereka.
Kedua, dan ini adalah implikasi lebih besar: insiden ini akan editerjemah menjadi undi dalam pilihanraya. Sokongan yang besar sedang beralih dari kalangan bukan Melayu kepada DAP. Kalau dalam pru12 DAP telah mendapat kepercayaan besar, dengan terpelantunya ke******an Ahmad Ismail ini maka sokongan yang lebih besar lagi secara percuma telah mereka dapati. Sekiranya hari ini berlaku satu pilihanraya, kita akan saksikan melonjakkannya undi yang mampu diraih oleh mereka.