Saturday, March 6, 2010

PEKERJAAN HAJI.....38

Assalamualaikum,

Toilet


1=Bab ul Abdul Aziz 2=Bab ul Fatah 3=Bab ul Umrah 4=Bab ul Fahd

L= toilet lelaki P=toilet perempuan

Sekiranya anda berada di dalam masjid Haram, pastikan anda berada dalam keadaan selesa dari segi keperluan toilet. Oleh kerana kawasan masjid adalah sangat besar dan luas, sekiranya anda memerlukan toilet, ia menjadi suatu perkara besar yang mungkin sukar diselesaikan.

Oleh itu adalah amat membantu anda sekiranaya anda tahu di mana kedudukan toilet di sekitar masjid Haram.

Perlu diingat bahawa toilet berada di perkarangan masjid. Sewaktu musim haji, sekiranya anda perlu ke toilet, kalau boleh jangan masuk ke toilet setengah jam sebelum azan waktu solat, ini adalah kerana kawasan tersebut akan jam dipenuhi manusia. Sekiranya anda perlu juga untuk ke toilet, pastikan anda sanggup beratur dalam queue yang panjang, dan bersedia juga untuk menghadapi suasana orang yang tidak peduli untuk queue.

Apabila anda berada dalam Masjidil Haram, pastikan anda tahu di mana kedudukan pintu utama. Pintu tersebut saya tandakan 1,2,3,4. Berhampiran dengan pintu pintu tersebut terdapat toilet.

Bagi jemaah perempuan, kalau boleh, elakkan memasuki toilet setengah jam sebelum azan, dan antara magrib dengan isya'. Ini adalah kerana orang yang masuk dan keluar adalah terlalu banyak diluar kemampuan kemudahan toilet tersebut untuk menampungnya.

Keadaan ditambah buruk lagi dengan perlakuan jemaah yang tidak menggunakan pemikiran civic dan tidak menghormati jemaah lagi. Bayangkan ruang tangga untuk turun dan naik ke dalam kawasan toilet itu mampu meloloskan 10 orang berganding bahu serentak. Itu apa yang saya agak. Tetapi kalau 100 atau 200 atau 500 orang secara serentak bergerak masuk ke dalam ruang toilet, ia akan menjadikan tempat tersebut sebagai death trap. Lebih parah lagi sekiranya berlaku pergerakan turun dan naik tangga. Ada jemaah seramai 500 orang nak turun tangga ke toilet. Dari arah yang berlawanan pula 500 jemaah lagi nak naik keluar dari ruang toilet. Kawasan tangga mampu menampung hanya 10 orang secara serentak. Maka biasanya akan berlaku himpit mengimpit, tolak menolak.

Keadaan ini sering berlaku pada toilet perempuan. Ia bertambah teruk lagi apabila ada pula suami atau kawan yang menunggu orang yang masuk toilet tadi. Ruang yang berhampiran dengan pintu turun naik ke toilet adalah sangat terhad. Kalau semua orang berdiri, dan tiada ruang kosong, mungkin boleh menampung 100 orang. Bayangkan kalau 500 orang yang menunggu diluar. Orang yang hendak keluar toilet tidak boleh keluar kerana ruang keluar telah disekat oleh kumpulan yang menunggu.

Bila yang hendak keluar tidak boleh keluar, yang hendak masuk toilet pula tersekat, tidak boleh masuk. Maka di sini boleh berlaku kekecohan dan ia menjadi bahaya kepada keselamatan jemaah. Saya cadangkan jemaah perempuan jangan gunakan toilet yang berhampiran dengan Bab ul Abdul Aziz. Biasanya toilet ini terlalu sesak di waktu puncak.

Pengalaman bagi jemaah perempuan yang pernah menggunakan toilet, kebanyakan jemaah akan bertumpu pada toilet yang paling hampir ditemuinya. Jadi untuk mengelakkan anda perlu queue, pergi ke baris toilet yang dihujung dan di dalam lagi, di sana biasanya toilet tidak sangat direbutkkan.

Bagi jemaah lelaki pula apabila anda sedang queue menunggu toilet, tunggulah dihadapan pintu toilet. Sebab kalau anda menunggu jauh daripada pintu toilet, apabila orang yang didalam toilet tersebut telah selesai urusannya, dan anda bersedia untuk masuk tetapi perlu melangkah dua tiga langkah, maka mungkin ada yang potong langkah anda dan dia pula yang masuk dulu.
berwudhu dalam toilet lelaki