Tuesday, September 6, 2011

PUKAU MASJID NABI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Setiap kali berpeluang menziarah Masjid Nabawi di Medina aku terus terpukau dengan keindahan seni binanya yang memang cantik kalau dilihat dengan teliti. Aku mendoakan agar anda yang belum berpeluang ke sana akan dipermudahkan Allah untuk sampai ke masjid yang mulia ini

Suasana waktu malam semasa matahari sudah terbenam dan jemaah telah selesai berbuka serta solat magrib, sedang menunggu nunggu untuk solat isya' dan tarawih pula

trademark penting Masjid Nabi ini ialah kubahnya yang berwarna hijau. Kalau ada masjid yang kubahnya warna biru, itu jelas menyimpang daripada sunah masjid nabi

Gambar yang dirakamkan semasa mengerjakan haji musin 2009. Pada ketika itu cuaca di Medina sejuk dan memerlukan pakaian tebal untuk berasa selesa

Pintu Masjid Nabi ni memang kelihatan majestik dan memukau, kadang kadang terasa amat kerdil diri ini apabila meredah jenang pintu tersebut.
Gambar dirakam tahun 2009 ini menunjukkan betapa majestik pintu Masjid Nabi ini. Pintu yang ini ditutup pada waktu waktu tertentu.




Chandelier yang tergantung dalam masjid ini memang mempersonakan, aku sering bayangkan semasa memerhatikannya, berapa la harga satu benda, sedang terdapat begitu banyak di dalam masjid ini




Aku juga sering memerhatikan tiang tiang masjid ini. Di bahagian ini, setiap tiang disalut dengan marbel putih, serta dipangkal tiang disediakan sistem aircond. Aku berkira kira, kalau 1 tiang harganya rm 200k, cuba kau kira berapa harga tiang tiang dalam gambar atas.