Monday, September 5, 2011

YUSOF RONO DAN RAMLAH ADAM

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semua bentuk kekejaman adalah zalim dan mesti ditentang.Sebab itu Islam melarang umatnya cenderung kepada kezaliman kerana ini memungkinkan mereka disambar api neraka.Semasa Mat Indera menyerang rumah pasong Bukit Kepong simpati saya tetap bersama mangsa serangan tersebut, tidak kira mereka itu Melayu, Gurkha, Nepalis, Banggali atau apa bangsa sekali pun. Mat Indera menyerang seekor taghut namanya British dan soldadu yang menjadi mangsa berkhidmat dan taat kepada crown His Majesty.

Mat Sabu menyatakan siapa sebenar pejuang dalam insiden ini, dan nampaknya umno menganggap ini peluang keemasan mereka untuk membrek reduman populariti mereka, sehingga ada seorang bernama Zainal Epi menganggap populariti PAS yang menurun, dan seperti biasa beliau memetik seorang ahli PAS yang tidak mahu dinamakan. Satu penulisan berskema yang disadur daripada khazanah penulisan bertaraf longkang.

Soal adakah Mat Indera itu komunis tidak pernah di DNA kan, tetapi Mat Sabu yang dipanggang kerana kononya menyokong komunis, sedang Tun Razak lah yang telah merafak ke China komunis. Jadi isunya  bukan isu kekejaman komunis, tetapi isu kekejaman. 

Kalau Yusof Rono dibenar bebas oleh Mat Indera, maka ternyata ada sesuatu yang tersirat di sana, yang mungkin Ramlah Adam tidak dapat hidu, sebab, apabila mata mata Melayu di rumah pasong Bukit Kepong dibunuh dalam serangan tersebut, Ramlah Adam terasa amat sedih sekali.

Tetapi bila Melayu dibunuh di Memali, aku tak terdengar esakan si RAM