السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa yang harus aku lunch kan tengahari ni? TKI aku bekalkan hentah apa apa punya bekal. Tapi aku tak siapkan menu lagi, macam mana dia nak tahu apa aku hendak? Kalau begitu lepas zohor ini aku bercadang beli nasi bungkus di gerai yang sememang aku kembang tekak, tapi terpaksa ditokak.
Apa hal ke sini, tanya ku. Saya hantar anak ke kolej di Kedah, balik trafik banyak, mengesut aje, saya singgah sini sebab teringatkan makanannya sedap, katanya. Mak oi, kata hatiku. Tempat yang tekak aku kembang ni kau terliur kata sedap!!
Siapa naik calon sana? tanya ku. Tak ada lagi katanya. DAP dah warning kita orang, kalau nak letak calon mereka hendak calon yang berwibawa. Itu lah kita suruh prof jadi calon di sana, katanya. Kan dah ada calon tu, siapa namanya? aku lakon lakon tujuan nak jolok.
Semasa aku menghampiri Bukit Katil dua tahun lepas, memang ada dia orang sebut sebut nak dijadikan calon. Tetapi perangai sebahagian mereka tidak secocok dengan tarbiah aku. Bila dah ada tanda tanda boleh menang, mula nampak berebut. Aku ni orang luar tiba tiba nak payung terjun masuk ke situ, mana boleh.
Aku pun ambil keputusan sapu tempat duduk, beredar.
Lepas tu aku petik langsat belakang rumah kampung.