السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku jalan jalan di alam siber aku tersepak satu tong sampah. Belepok, tut tut tut kruinggg berguling satu medulla oblongata, atau otak. Otak tu kata begini:
Pakatan Rakyat pula apa kerjanya, sibuk ceramah maki hamun, menghasut orang hingga khutbah jumaat pun jadi pentas kempen politik, apa cerita? Lagi satu kerap sangat buat demontrasi liar, faedah jadah apa yang negara dapat? Semua itu adalah perosak saja, sudah jelas lagi bersuluh bahawa Pakatan Rakyat bukannya tahu apa, sibuk tamakkan kuasa, tapi tak reti mentadbir, negeri tadbiran mereka tunggang langgang, di Kedah madrasah atas tanah wakaf pun sanggup nak dirobohkan oleh PAS untuk buat shopping complex, tak ada pun puak serban PAS berguling-guling di jalanan untuk bantah perkara ini, apa cerita? Di Selangor PAS jadi tali barut DAP untuk benarkan arak dan judi di Shah Alam, tak mana dia suara Nik Aziz yang kononnya menuduh Barisan Nasional membiakkan arak dan judi sedangkan PAS sendiri sanggup bermati-matian membela DAP yang hendakkan arak dan judi dibiakkan di Shah Alam hingga sanggup pecat Dr. Hasan Ali yang menentang tindakan DAP itu, apa sudah jadi, PAS cakap saja lebih, tapi bila DAP tengking terus menikus, PAS lebih sayangkan DAP berbanding melindungi kepentingan bumiputera dan Islam. Sebab itulah segala yang DAP cakap PAS akan ikut membuta tuli, tapi apa yang PAS nak buat kena dapatkan restu dari DAP dulu, PAS sudah jadi pecacai tahap 'anjing suruhan' kepada DAP. PAS sudah teruk, PKR tunggang langgang, DAP pula makin rakus.
Sumber: ruang komen http://www.malaysiakini.com/news/187571