السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Adakah anda seorang nasionalis dan beraqidah kepada nasionalisme dan bergayut kepada nasionlisme? Apa cakap ni hamirdin, kau kata orang beraqidah kepada nasionlisme. Cuba try test ini. Kalau kamu seorang nasionalis, adakah kamu percaya dengan fahaman nasionlisme? adakah kamu sebarkan fahaman nasionalisme? adakah kamu perjuangkan fahaman nasionalisme? adakah anda sanggup berkorban keringat, ringgit, jiwa raga serta nyawa kerana nasionalisme? Kalau itu ada dalam diri anda maka anda beraqidahkan nasionalisme.
Yang jadi masalah ialah sekiranya orang itu mengaku islam dan pada masa yang sama dia juga mengaku dia berpegang kepada ajaran nasionalisme. Islam beraqidah kepada tauhid, nasionalisme beraqidah kepada nation nya. Maka dalam orang itu ada dua aqidah. Dari penilaian islam, batallah aqidah islamnya.
Untuk nasionalisme ini terus wujud, ia perlu makan. Makanan nasionalisme ialah rasa benci, marah dan luapan perang kepada siapa sahaja yang mencabar fahaman ini, serta rasa takut dan taat melulu kepada kumpulan mereka. Makanan ini perlu dicipta, tidak kira samada ia fitnah, sensasi atau pembohongan terang terangan.
Telah berabad ditanamakan dalam kepala hotak penganut fahaman ini bahawa DAP itu bahaya, chauvanis, anti Melayu dan pelbagai tohmahan lagi. Selama berabad penganut nasionalisme ini taat serta patuh dengan cetakan mental ini.
Mengapa sekarang ia berubah? Tidak laku lagi kah makanan yang disogok saban hari? Orang Melayu yang sepatutnya mesti menganut nasionalisme Melayu sekarang sudah berpaling tadah dan menyertai DAP. Apa ini, tak kenang jasa ke?
Satu fenomena pelik sedang mencekik fahaman nasionalisme