السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cuti maulidirrasul ni kalau diisi dengan analisis politik semasa memang bagus. Dan bini aku dengan penuh enthusiasm seawal 5 pagi dah bersilat menyiapkan nasi lemak PAS.
Dengan cuaca yang diberikan Allah begitu baik dan ceria, maka kami pakat pakat buat breakfast maulidurrasul sambil sembang politik.
Topik perbincangan meliputi dari utara sampai ke selatanBila selesai topik selatan pusing pula ke timur sampai ke barat
Dari barat luncur pula ke angkasa
Sekira kira 3 jam perbincangan masih lagi ada topik yang belum dikupas.
Walau bagaimana pun mengikut albrangi, 3 jam tu cukup untuk qadha perbincangan yang tidak dapat diadakan selama ini.