السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
KEMBARA MENCARI PUTERI GUNUNG LEDANG
Semasa aku bujang teruna orang kampung memang suka buat rombongan. Iaitu menyewa bas untuk bersantai di tempat tempat peranginan yang terkenal. Semasa aku menunggu kemasukan ke universiti, kalau aku tidak silap sekitar 1973, aku ada mengusahakan satu rombongan untuk bersantai di air terjun Sagil, di Tangkak, Johor.
Maka aku mencarilah mat mat dan minah minah kampung untuk bersama sama dengan rombongan ke Sagil ini, dengan bertujuan bersantai di kaki gunung Ledang, kalau kalau dapat bertemu dengan puteri gunung ledang.
Apabila bas kami berhenti sebentar di perhentian bas Jasin, aku perhatikan seorang mat kampung dalam rombongan aku yang bernama Manap, tergesa gesa turun dari bas dan langsung meninggalkan bas. Aku panggil dia buat tidak peduli sahaja, rupanya aku diberi tahu bahawa si Manap ini telah temasuk setelah bertikam lidah dengan seorang lagi mat kampung yang dikenali sebagai Mat Todin.
Setelah selesai bersantai di Sagil, kami kembali dan sampai di Banda Hilir, Melaka sekitar jam 8:00 malam. Semua orang turun di situ, dan setelah kira kira 40 minit berehat, dan apabila semua orang telah ada dalam bas, aku pun suruh bas bergerak balik.
Setelah dua tiga tahun daripada peristiwa itu berlalu, seorang kawan yang sekarang telah almarhum memberi tahu aku semasa bas kami bergerak meninggalkan Banda Hilir, dua orang passenger tertinggal.
Dua orang remaja anak Muit.