السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Nyawa memang sudah tinggal hanya di halkum sahaja. Sebab itu Mahathir mengeluarkan titah agar pru 13 ditangguh sehingga BN berada dalam keadaan yang kuat. Apa petunjuk yang cuba disampaikan oleh mahathir? tak lain dan tak bukan ialah kalau pru 13 diadakan sekarang, besar kemungkinan bn bungkus sebungkus bungkusnya.
Ong Tee Keat pula kata MCA sekarang berada dalam keadaan yang tenat, dan Chua Joo Ming meramalkan Chua Soi Lek akan bertanding di kawasan Malay majority. Apakah petanda ini? Mudah sahaja jawapannya. bn berada dalam keadaan yang sangat lemah sekarang bagi menghadapi pru 13.
Kau lihat sambutan thaipusam baru baru ini? Hindraf dengan lantang menuntut dilaksana tuntutan 20 perkara mereka, tetapi tuntutan melantun di telinga pekak, sebab di sana ada gambar ah jib gor besar (boleh,) gambar ah wa gor (tak boleh) di Batu Caves. Hindraf akan deflect undi yang sepatut ke bn, tetapi melencong ke tempat lain.
Petanda lain yang menunjukkan bn tenat ialah ada para kartun yang menghadiahkan Lim Guan Eng kek hari jadi berbentuk tahi. Aku nampak tu macam tahi jin aje. Ada kartun yang menggolek golek merayu agar Anwar saman, saman lah please! umi hafilda, eskay dan wsj. Ada yang upah samseng nganggur pi lempaq kepala babi kat pintu masjid.
umno cheras tunjuk sedikit cerdik bila minta isu NFC diselesai sebelum pru 13. Itu petunjuk, kalau isu itu dibiar berlarutan, bn bungkus sebungkus bungkusnya.
Ada juga kartun nak tunjuk pandai jaja imr. Lebih baik kau jaga lembu,
yang melintas di MRR