Saturday, September 20, 2008

EMAS 916

Assalamualaikum,

Hari Raya kian menjelang, dan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang Muslim sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari besar ini. Ibu bapa akan membeli pakaian kepada anak anak mereka, yang membeli sendiri akan sibuk dengan urusan membeli dan memilih, yang membuat tempahan sibuk menanti tempahan siap, yang menyiapkan tempahan bertungkus lumus menyiapkan tempahan, dan seterusnya.
Perhiasan emas adalah salah satu daripada item yang paling laris dipasaran semasa musim perayaan ini. Emas Malaysia yang dijual di kedai kedai terdiri daripada bebarap kategori, tetapi yang paling bermutu dan mempunyai harga tingggi ialah emas 916. Maka berlumba lumba orang orang mencari, memilih dan membeli emas tersebut.
916 juga dikaitkan dengan tarikh yang disebut oleh Anwar Ibrahim akan berlaku perubahan kerajaan daripada BN kepada PR. 916 bermaksud bulan 9 enam belas hari bulan. Ia telah berlalu, dan tidak berlaku sebarang pertukaran kerajaan.
Tidak berlaku pertukaran kerajaan itu adalah sesuatu yang telah dibaca, tetapi yang tidak ramai orang membacanya ialah 916 ini mempunyai nilai emasnya. Ia merupakan tarikh permulaan kepada satu perubahan kerajaan yang tidak dapat dielak.
Kalau dimusim perayaan hari raya ini orang sibuk membeli emas 916, maka saat emas yang dilahirkan untuk malaysia baru telah bermula dengan 916