Tuesday, September 16, 2008

RASA MALU DAN BERSALAH BILA GUNA ISA TELAH CAMBAH

Assalamualaikum,


Zaid Ibrahim telah membuka laluan kepada semua orang yang berfikiran bahawa penggunaan akta drakonian ISA itu bagus, wajar, kena pada tempatnya dan patut untuk berasa malu dan untuk mereka berasa bersalah sekiranya akta itu digunakan. Perasaan malu untuk menggunakan akta tersebut telah mula cambah di kalangan UMNO. Perasaan bersalah apabila akta tersebut digunakan telah mula bercambah.
Hishamudin Tun Hussein juga telah mempersoalkan penggunaan akta tersebut untuk menahan seorang wartawan baru baru ini. Beliau tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh menteri dalam negeri bagi menggunakan akta tersebut dalam kes wartawan ini. Jelas di kalangan UMNO sendiri pn bercakaran tentang penggunaan akta ini, menunjukkan satu permulaan kapada satu kesudahan.
Saya berpendapat kalau ada di kalangan menteri yang mempunyai kesedaran bahawa akta ini adalah satu akta yang sangat keras dan zalim, maka lama kelamaaan kefahaman ini akan meresap kepada lebih ramai lagi pemimpin UMNO, dan akhirnya mereka sedar apa yang mereka lakukan sekarang ini adalah sesuatu yang terlalu kejam, dari segi ugama Islam dan juga pada pandangan dunia.
Tidak ada negara di dunia ini yang menggunakan akta zalim ini melainkan negara itu dikenali sebagai sangat zalim. Hanya Israel yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Sebuah negara zalim. Hanya Singapura yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Sebuah negara elected dictatorship. Hanya USA dengan Guantanamo Bay nya. Sebuah negara maha zalim. Dan Malaysia. Yang ditunjangi oleh UMNO, Melayu dan kononnya Islam, yang tidak mengaku zalim, tetapi seluruh dunia perceive ia sebagai sedemikian.
Semasa saya pelajar, dan sewaktu Eropah timur di bawah pengaruh komunis Soviet, kami menerima lawatan daripada pelajar Poland. Dalam pebincangan dengan mereka kami cuba menunjukkan betapa bagusMalaysia pada ketika itu berbanding dengan Poland yang komunis. Dia jawab, di Poland tiada ISA, di sini ada. Berpeluh kami nak jawab.
Saya tidak setuju ISA digunakan walau kepada siapa pun dan dalam suasana apa pun. Kalau nak ambil tindakan, majukan pertuduhan, bicarakan dan kalau mahkamah mendapatinya bersalah, terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya. Kerana itu yang diajar oleh Islam.
Kalau mereka yang tidak memahami perjalanan sirah Nabi dan tidak mengendahkan hak hak asasi manusia menyokong pengguaan akta drakon ini mungkin kita boleh faham, tetapi bagaimana pula Persatuan Pengguna Islam turut sama menyokong penggunan akta ini. Atas lantai apa mereka berpijak?