Monday, October 6, 2008

ANTARA ANWARIYYUN DAN KOS MELEPAS

Assalamualaikum,


Terpesona juga saya apabila pertama kali bertemu dengan perkataan anwariyyun yang diperkenalkan oleh Subky Latif dalam salah satu tulisannya di Harakah beberapa tahun yang lepas. Sekarang kita masuk dalam satu era politik yang sedang berkembang dengan pesat, sehingga terlalu banyak perkembangan dan perubahan yang sedang berlaku.
Anwar Ibrahim membawa begitu banyak perkembangan politik negara, bukan sahaja kepada rakyat dan pengundi, bukan sahaja kepada UMNO dan BN, tetapi juga kepada parti parti yang menjadi komponen kepada gagasan PR. Dengan acahan untuk menubuhkan satu kerajaan baru, maka kocakan yang berlaku sentiasa membesar dan menggoncang setiap sudut. Dan semua pihak menanti nantikan kalau kalau berlaku satu tsunami.
Kalau kita perhatikan komponen PR, ketiga tiga parti sedang mengalami kocakan yang unsettling. PAS memang sejak dari hari diumumkan keputusan PRU11 telah mengalami kocakan demi kocakan yang menggelorakan pengemudian kapalnya. Beberapa kenyataan daripada pimpinan tertinggi PAS menunjukkan betapa dalamnya kocakan ini, dan betapa unsettling ia boleh terjadi. Ada pihak dalam PAS yang terus menggesa agar agenda yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim disokong terus dan secara bersungguh. Mereka digelar anwariyyun. Ada yang ingin bersama, tetapi bersyarat, yang ini saya tak tahu apa gelarannya. Ada yang langsung menolak gagasan anwar ini, juga saya tak tahu apa gelaran yang disandang mereka.
Saya tidak merasa taksub dan ta'jub dengan Anwar, tetapi mengakui beliau mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai oleh pemimpin politik lain, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di dunia. Hadhirnya Anwar telah mengubah suasana politik dan telah mengubah peluang pembangkang untuk berpolitik. Peluang ini yang dulunya, kira kira dalam tahun 2004, tidak wujud, tetapi sekarang peluang ini telah wujud.
Kalau kita tidak sambar peluang ini, mungkin kita tidak akan bertemu dengannya lagi untuk jangka masa yang panjang. Jadi ia adalah satu opportunity cost atau kos melepas, yang kalau kalau kita tidak ambil, ia akan pergi meninggalkan kita. Ini adalah masa terbaik untuk menggelincirkan dan menolak BN dari tampuk kuasa mereka. PAS telah berusaha selama 50 tahun, tetapi peluang ini tidak datang. Sekarang ia telah datang, cuma ia datang bersama Anwar Ibrahim.
Anwar juga memerlukan rakan untuk menjatuhkan BN. Maka buat masa ini, tujuan Anwar dengan tujuan PAS dan tujuan DAP serta mereka yang lain yang mungkin tidak berparti adalah sama. Jatuhkan BN. Jadi peluang ini perlu direbut sekarang.
Saya pun tahu, fervor ini hanya bertahan semasa hayat Anwar sahaja. Ditakdirkan mati Anwar sekarang, maka fervor itu akan turut berkubur dan peluang untuk menggantikan BN juga turut berkubur. Kalau sekiranya Anwar berjaya menjatuhkan BN, dan berjaya menjadi perdana menteri, berapa tahun beliau boleh bertahan? 10 tahun? 20 tahun? selepas itu siapa?
Oleh itu PAS sepatutnya memikirkan kepentingan strategiknya, bukan kepentingan taktikalnya. Maka bersama dengan Anwar untuk menjatuhkan BN adalah pilihan terbaik pada hari ini. jadi tidak timbul mereka yang memilih jalan fikir ini menjadi anwariyyun.
Saya pun risau dengan kocakan yang berlaku dalam PKR. Apa yang kelihatan ialah ramai diantara anwariyyun PKR telah pun mengambil position masing masing ke kedudukan yang baik supaya sekiranya jadi sahaja pertukaran kerajaan, mereka telah sedia ada dalam posisi yang menguntungkan dari segi material. Bagi mereka yang ada kesedaran Islam , isu carburator dung itu adalah satu loceng awal untuk menandakan akan datangnya keributan yang lebih banyak lagi. Mereka yang mengaku habuan seks itu sebagai sedekah adalah muncung air batu yang tenggelam yang rakannya lebih ramai lagi menunggu untuk menerkam.
Pernah satu patung besar dibina di Nilai Memorial Park, di Nilai, Negeri Sembilan. Patung tersebut jelas kelihatan kalau anda menghampiri kawasan rihat Nilai di Lebuh Raya Utara Selatan. Tetapi mufti Negeri Sembilan pada ketika itu membantah hadhirnya patung tersebut, dan masyarakat Cina yang membinanya akur dan menurunkan patung tersebut. Sebab itu anda tidak lagi nampak patung itu sekarang.
Tetapi anwariyyun PKR di Batu Cave mendirikan gambar Anwar yang besar, bila ada mufti yang suruh turunkan, apa mereka kata?
Peduli apa aku!