Wednesday, October 8, 2008

MAKANAN KILAB NASIONALISME

Assalamualaikum,



Anda tahu kan asal usul nasionalisme ni ialah revolusi Perancis. Jadi tok guru mereka ni ialah revolusi tersebut. Nasionalisme ni perlu kepada makanan. Tanpa makanan, maka api nasionalisme ini akan akan padam. Makanan kepada semangat nasionalisme ini bukan sahaja sayang kepada nation, tetapi juga rasa benci kepada orang yang yang tidak tergolong dalam nation mereka.
Di Malaysia ini, yang memperjuangkan nasionalisme ialah UMNO. Apabila kalah dalam pru12, kobaran semangat nasionalisme telah kundur dan pudar dan terus gerhana. Maka pemimpin mereka mencari jalan untuk mengembalikan semula keawetan nasionlisme mereka. Tubuh fizikal pemimpin mereka boleh diawet dengan botox, tetapi semangat nasionalisme mereka dikobarkan semula dengan meniup api kebencian. Itulah makanan kepada kilab nasionalisme.
Insiden terbaru yang menjadi makanan kilab ini ialah apa yang dilaporkan oleh YB Dr. Lo' Lo'. 'Banner' yang tertera 'Kami Mahu Hudud Bukan Kuil' didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Desa Pandan sejak semalam. Ini adalah satu usaha untuk menaikkan rasa benci dan marah para kilab kepada lawan, dan dengan itu semangat nasionalisme ini akan kembali berkobar.
Sebelum itu isu kumpulan Hindraf yang potong queue, atau tidak antri semasa hari terbuka PM telah disensasikan sehingga ada diantara kilab yang memberi amaran sangat keras kepada kumpulan yang tidak antri ini.
Sebelum daripada itu YB Teresa Kok telah pun menjadi mangsa sehingga ditahan di bawah ISA kerana isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah cubaan untuk menimbulkan rasa benci di kalangan kaum dan penduduk di negara ini.
Selepas itu Teresa dihebohkan pula dengan isu makanan anjing. Selepas itum bom molotov pula dilontar ke rumah YB tersebut.
Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, isu orang bukan Melayu sebagai squatter di Malaysia dimainkan. Anda lihat gambar yang menunjukkan bagaimana bencinya salah seorang kilab mengoyak ngoyak potret Koh Tsu Koon. Pada ketika mengoyak ngoyakkan potret tersebut, semangat nasionalissme sedang makan dengan pelahapnya.
Dan perkara ini tidak akan habis, kerana seperti perut manusia perlu diisi setiap hari, maka semangat nasionlisme ini juga mesti diberi makan dengan menimbulkan rasa kebencian kepada mereka yang diangap lawan yang terkeluar dari sempadan nation mereka. Jadi anda saksikan satu demi satu isu dicipta untuk memberi makan kepada semangat ini.
Dan kilab ini dengan gelojoh dan pelahap memakan sajian api kebencian ini. Mereka inilah kilab naionalsime.
Kelab UMNO di Mesir tidak menulis nama kelab mereka dalam tulisan jawi. Sebabnya kalau ditulis dalam tulisan jawi kaf lam ba maka ia akan jadi kalbun. Bila ramai, kilab.