Thursday, October 9, 2008

MATI PUN TAK APA, ASALKAN SENTIMENTOL KU KEKAL

Assalamualaikum,

Memang ada orang bersifat sentimental. Segala barang kepunyaan perlu disimpan, kalau boleh sepanjang hayat. Bayangkan, kalau sepanjang hayat barang barang disimpan, tentulah tempat simpanan tu akan jadi membuak buak.

Ada juga orang yang menjadi sentimental kepada barang kepunyaannya, walaupun barang tersebut sebenarnya menyusahkan orang lain. Kalau anda punyai kereta buruk, yang memang tidak boleh digunakan lagi, jual sahaja sebagai besi buruk. Mengapa perlu sentimentol sangat.


Tetapi ada orang orang yang tidak berfikiran sedemikian, walau pun menyusahkan orang lain, da juga menyusahkan diri sendiri, namun sentimentol punya sebab, barang itu disimpan juga.

Kereta buruk yang tersadai yang sememang tidak boleh digunakan lagi, dan kalau cuba cuba dibik pulih pun anda memerlukan belanja yang tinggi, memang banyak di taman taman perumahan. Dalam masa 45 minit saya buat persempelan, didapati banyak khazanah ini tersadai dalam kawasan yang kecil sahaja.


Kereta buruk tersebut berkeadaan tidak semenggah, menyakitkan mata dan mengundang padah. Saya percaya dalam kereta tersebut, nyamuk dan mahkluk lain memang bersuku bersakat. Tempat di mana sampel ini dibuat adalah tempat yang paling teruk dilanda demam denggi, namun, sentimentol punya hal, kereta tersebut kekal ditempat masing masing.

Walau pun kadang kadang pemilik kereta buruk ini tahu, sekiranya denggi menyerang, kematian boleh berlaku, dan kereta buruk tersebut mungkin boleh jadi penyebab membiaknya nyamuk , dan tuan punya kereta buruk tersebut berhadapan dengan risiko mati kalau terkena penyakit berkenaan. Namun, sentimentol puny sebab, biarkan aje kereta tu di situ!


Mengapa dibiarkan perkara ni? Adakah memang sebab sentimentol? Atau bebal?