Tuesday, October 21, 2008

APA ITU AKAR UMBI?

Assalamualaikum,


kita sering dengar sekarang ini pemimpin UMNO mencanangkan sesuatu itu dengan bernaskan kan cliche yang diulang dan diulang iaitu akar umbi. Apabila mereka tidak suka kepada ketua yang ada sekarang, maka dengan menggunakan cliche itu terus diguna, iaitu, ini adalah kehendak akar umbi.
Apa itu akar umbi? Saya rasa itu adalah pemimpin UMNO diperingkat paling bawah sekali, tidak bawah lagi selepas mereka. Anda pernah lihat akar umbi ini? atau pernah dengar akar umbi ini? ok, saya beri contoh kampung saya.
Kampung saya ini namanya [meminjam istilah Subky Latif] antah berantah. Yang menjadi akar umbi di kampung saya ini terdiri daripada beberapa orang sahaja. Ketuanya adalah kawan sedarjah saya. Beliau sempat ambil LCE. Lepas itu beliau masuk ke alam bekerja. Ketua wanitanya sekolah sampai darjah 3. Ketua puterinya sekolah sampai darjah 3 juga. Pengerusi tetapnya gagap.
Seorang daripada yang kira kiranya bersaudara dengan saya, mulanya UMNO, kemudian dalam liwat1, masuk keadilan, kemudian masuk UMNO semula, telah diterajang keluar dari UMNO cawangan kampung tersebut. Sebabnya ialah beliau pandai bercakap.
Seorang lagi bekas kawan sedarjah saya, guru ijazah, dihalang daripada menjadi ahli UMNO cawangan tersebut. Maka jadilah mereka yang menguasai UMNO kampung tersebut berakar dan berumbi.
Inilah jenis otak yang dikatakan ingin perubahan kepada politik negara. Otak yang sarat dengan akar, dan otak yang sarat dengan umbi.