Tuesday, October 21, 2008

RAKAN HABASYAH MELANGKAH LONGLAI

Assalamualaikum,


Banyak orang mempertikaikan penubuhan apa yang dinamakan tabung azan, saya juga turut tidak menyenanginya kerana tabung tersebut bukan mengajak manusia kepada seruan azan itu, tetapi lebih untuk memupuk tebal semangat nasionalime di kalangan rakyat. Azan dikumandangkan bukan itu tujuannya.
Yang menubuhkan tabung tersebut pula rasa tercabar dan segera menyelar tuntutan yang diluah dan dikemukakan oleh MCA melalui tuntutan bekas Ketua Pemudanya, yang sekarang ini memegang jawatan naib presiden, Datuk Liow Tiong Lai supaya diwujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua untuk diberikan kepada MCA.
Mengikut rakan MCA ini tuntutan tersebut jelas sesuatu yang tidak harus dilakukan oleh sebuah parti yang menjadi rakan utama UMNO. Beliau langsung tidak menghormati perasaan pemimpin UMNO yang menjadi tonggak kerajaan yang memerintah. Sebab itu tuntutan Tiong Lai itu [pada hemat rakan MCA ini ]sudah keterlaluan, melampau dan secara langsung mencabar kewibawaan UMNO sebagai rakan BN.
Jelas di sini sifat bossy dan snobbish UMNO itu sangat menebal, sehingga rakan sendiri pun tidak boleh menyatakan hasrat hati. Baru dua hari lepas ada tajuk berita yang menyatakan bahawa UMNO tidak buli, sekarang telah ternyata untuk kesekian kalinya mereka bukan sahaja membuli, tetapi mengherdik dan menjerakah rakan mereka. Maka Tiong Lai mestilah faham ego UMNO ini.
Diharap bukan sahaja Tiong Lai faham, tetapi semua kerabat BN faham. Siapa sebenarnya bos!
Bila telah diherdik dan dijerakah oleh rakan habasyahnya, maka tentulah Tiong Lai melangkah longlai.