Friday, October 24, 2008

LOKMAN YATIMI

Assalamualaikum,


Saya selalu berpesan dengan pelajar saya, sekiranya awak diposting ke ceruk ceruk Malaysia, jangan risau, gunakan kesempatan tersebut untuk menyebarkan Islam dan perjuangan Islam. Saya kata demikian kerana ramai daripada pelajar saya yang sering dipostingkan ke pedalaman Sabah dan Sarawak, antara sebabnya ialah kerana mereka mirip kepada PAS, atau memang dah jadi aktivis PAS.


Saya pesan dengan mereka, kalau jumpa mereka yang belum Islam, Islam kan mereka. Dan cara yang paling berkesan untuk mengislamkan mereka ialah dengan mengahwini mereka yang belum Islam tu. Kalau itu yang anda lakukan, pahala yang didapati berlipat ganda.

Juga kalau anda diposting ditempat tempat yang tidak ada cawangan PAS, tubuhkan cawangan PAS di situ, seperti yang dilakukan oleh almarhum ustaz Mansor Din, yang ditendang keluar dari satu institusi pengajian tempat beliau bekerja di Terengganu dan diletakkan di Sarawak. Sampai di Sarawak, almarhum menubuhkan PAS Sarawak, sehinggalah ke hari ini, PAS Sarawak wujud dengan megah.


Beberapa pelajar mengikut saranan saya. Yang ini berkahwin dengan gadis Iban di Lubuk Antu, Seri Aman, Sarawak. Sekarang telah punyai tujuh cahaya mata


24-10-2008

Itulah Lokman Yatimi