Thursday, February 12, 2009

AJAK PUASA SUNAT

Assalamualaikum,


Semasa suasana Pilihanraya kecil Kuala Terengganu dulu, saya buat posting mengajak orang PAS dan orang Islam yang menyokong PAS berpuasa sunat sebagai satu usaha memohon pertolongan Allah untuk membantu kita dalam hal tersebut.


Maka berketuklah blog blog pengampu UMNO memperlekehkan usaha berpuasa tersebut sebagai usaha yang sia sia. Memang puak puak ni kalau kita ajak sembahyang, qiamullail, puasa, zakat, haji dan lain lain ibadat, mereka dulu yang tentang.


Kalau ajak beli nombor ekor, kebas duit negara, jual tanah negara, itu tak perlu ajak pun mereka dah pakar untuk lakukan.


Kepada semua pembaca muslim/muslimah, saya menganjurkan puasa sunat untuk memohon pertolongan Allah atas sebab:

1. kerajaan PR di Perak telah dianiaya
2. Titah meletakkan jawatan terhadap Nizar salah dari segi perundangan
3. Usaha minta berbeza pendapat di cop sebagai derhaka

Puasa sunatlah anda. Untuk memohon bantuan Allah dalam kemelut politik di Perak. Untuk memohon agar Allah menganugerahkan kemenangan kepada PAS dan PR dalam pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang. Untuk memohon agar Allah menganugerahkan kemenangan kepada PR dan PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau.

Untuk kemenangan kita di dunia.

Untuk kemenangan kita di akhirat.