Wednesday, February 11, 2009

DUA BUKIT DAN DUA BATU

Assalamualaikum,



Dalam sedikit masa lagi Malaysia akan menyaksikan dua lagi pilihanraya kecil di dua bukit. Bukit Gantang dan Bukit Selembau. Kedua dua pilihanraya kecil ini akan mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap parti politik, atau juga tahap kemeluaataan rakyat kepada parti politik tertentu.


Sebelum PRU12 dahulu, negara telah digemparkan dengan isu dua batu, iaitu Batu Buruk, di mana kononya orang PAS telah buat rusuhan sehingga seorang daripada mereka ditembak oleh pihak yang menjaga keselamatan. Batu yang satu lagi ialah Batu Caves di mana kumpulan Hindraf telah membuat perhimpuanan.


Selepas peristiwa dua batu tersebut, dan juga apabila selesai pilihanraya kecil di dua bukit ini, maka rakyat Malaysia mungkin perlu memperkatakan perihal dua bukit lagi.


Ia itu dua bukit mongolia yang menjadi penyebab banyak korner dan selekoh dalam politik Malaysia.