Wednesday, February 11, 2009

PUAKA BERNAMA 13

Assalamualaikum,


Di banyak taman perumahan, kalau kita cari rumah nombor 13 tidak akan berjumpa. Yang ada ialah rumah no. 9, 11, 11A, 15, dan seterusnya. Ini adalah kerana ada orang yang begitu amat percaya tentang sueh nya angka 13. Kalau pemaju meletakkan nombor 13 kepada sesebuah unit rumah, mungkin unit tersebut susah dijual.


Untuk orang Islam, mempercayai tahyul yang sedemikian adalha satu bentuk syirik.


Tetapi mungkin secara kebetulan, banyak perkara malang berlaku dengan nombor 13 ini. Kapal angkasa Amerika Apollo 13 mengalami masalah diangkasa, nasib baik selamt sampai bumi. Space Shuttle Columbia, STS-107, meletup semasa dilancar ke angkasa, adalah pelancaran ke 113 dalam siri space shuttle.

Dan banyak lagi.

Pilihanraya 13 akan pasti sampai. BN dah lama berada diatas.

Sampai masa kut dia jatuh. Ada puaka ke nombor 13 tu?