Tuesday, May 5, 2009

7 MEI 2009: HARI YANG MENGAIBKAN DEMOKRASI MALAYSIA

Assalamualaikum,

Hari yang dirancangkan oleh UMNO/BN untuk mengadakan sidang DUN Perak secara kebadutan adalah hari yang paling mengaibkan demokrasi Malaysia. Ini adalah kerana semua peraturan dan undang undang yang dibuat oleh negara dilanggar dan dipersenda oleh UMNO/BN. Perampasan kuasa yang mereka lakukan adalah tidak beretika, tidak demokratik, haram dan melanggar perlembagaan, dan kesemuanya ini dilakukan secara terang terangan.

Tambah mengaibkan ialah ada yang buta hati dan buta perut yang sanggup merestu segala bentuk pelanggaran ini. Kita baca berita bagaimana pihak polis pergi ke rumah ADUN PR dan mengmbil gambar rumah mereka dan famili mereka. Ini adalah satu bentuk ganggauan seolah ingin mempertahankan kerajaan haram UMNO/BN di Perak.


Ketua DAP Perak tetap mengatakan bahawa Zambru tidak boleh menghadhiri sidang DUN tersebut, kerana sebab sebab seperti yang telah diterangkan oleh peguam Hanipa Maidin dan juga Lim Kit Siang. Juga terlalu banyak kepincangan dalam peraturan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN sehingga dengan mengadakan juga sidang DUN ini ia akan menjadikannya sebagai satu bentu perogolan kepada undang undang dan tatasusila serta budaya yang sedia di amalkan di Malaysia.


Memang sidang ini akan jadi kecoh. Kecoh. dan kecoh. Besar kemungkinan ia menjadi gaduh. gaduh. dan gaduh. Semua instrumen negara akan dikerah menmbantu dan menolong BN walau pun BN tu salah. salah. dan salah.

Oleh itu saya cadangkan kepada semua orang Islam yang cintakan kedamaian, dan bencikan kezaliman supaya melakukan sembahyang hajat memohon bantuan Allah agar Allah menggagalkan perancangan BN di Perak ini, terutamanya perancangan mereka dalam sidang DUN yang tidak mengikut peraturan ini.

Siapa yang mampu berpuasa, saya syorkan tambahkan satu lagi usaha dengan berpuasa sunat memohon Allah menjahanamkan perancangan jahat ini.

Sepanjang pengalaman saya, usaha kerohanian seperti ini tidak pernah tidak berhasil.