Monday, May 4, 2009

SEMAKIN MENUNJUKKAN M.T.

Assalamualaikum,

Larangan SPR bagi parti parti politik yang bertanding menunjukkan kehebatan suruhanjaya tersebut. Larangan mendirikan pondok panas tu menunjukkan ada sesuatu yang panas, kerana kalau tidak panas, mengapa perlu larangan tersebut dibuat, sedangkan samada larangan itu berkuat kuasa atau pun tidak, saya menjangka UMNO dan BN akan tetap mendirikan pondok panas. Kalau petugas parti lawan membantah, mereka jawab: bawalah ke mahkamah!


Kemudian SPR buat peraturan baru lagi, sesuka hati mereka: Seramai 5k penyokong sahaja yang dibenar mengiringi calon pada hari penamaan calon. Alasan yang diberi ialah untuk mengelakkan berlaku kekacauan.

Tidakkah SPR belajar daripada penamaan calon prk Bukit Gantang, penyokong PR datang seramai 50,000 orang, tiada sebarang kekacauan. Penyokong BN datang 500 orang, campur bayang bayang jadi 1000 orang, berlaku kekacauan apabila jelas penyokong BN melontar MPV yang dinaiki oleh Karpal Singh dengan botol air mineral yang berisi.

Jadi bukan jumlah yang menimbulkan masalah. Yang menjadi masalah ialah mental. Keadaan mental orang PR adalah sentiasa waras dan siuman serta berdisplin sepanjang masa.

Keadaan mental orang BN ialah terencat, dalam semua situasi. Arahan SPR hanya sesuai untuk mentaliti penyokong BN sahaja.

Sebab M.T. bermaksud mental retardation.