Sunday, May 3, 2009

ITULAH NAMANYA SMART POLITIKING

Assalamualaikum,


Apabila Najib telah menyatakan kegerunannya untuk membenarkan BN bertanding pada pilihanraya kecil Penanti, itu membuka satu pekung yang mudah didedah luas oleh sesiapa sahaja selepas ini. Dengan kegerunan ini, Najib diacah dengan satu lagi tusukan berbisa. Kali ini yang mengacah ialah DAP.


M. Manoharan telah mula membuka persilatannya dengan mengatakan beliau sedia untuk melepaskan kedudukan ADUNnya memandangkan beliau berada dalam tahanan ISA dan tidak dapat memberi khidmat kepada pengundinya. Ini , sekiranya benar berlaku, akan menyebabkan satu lagi pilihanraya kecil yang membazirkan wang negara, mengikut pendapat BN pada masa ini.

Jadi, mengikut pendapat ketua penerangan DAP Tony Pua, kalau tidak mahu diadakan pilihanraya kecil yang bersifat membazir ini, BN hendakalah bebaskan semua tahanan ISA, termasuk Manoharan.

Kan ke perangkap tu. Ditelan mati mak bapak. Diluah mati tok nenek.

Kalau dikulum mati apa?