Saturday, January 9, 2010

PEKERJAAN HAJI.....10

Assalamualaikum,

Yang Aku Takut dan Khuatir


Kadang kadang ada juga kerisauan atau kekuatiran dan mungkin juga rasa takut apabila meneliti kembali tentang larangan dalam mengerjakan haji. Dalam posting yang lepas, telah kita sama sama kongsikan larangan larangan semasa di dalam ihram. Tetapi ada lagi larangan yang tidak tertera dalam 13 perkara tersebut, tetapi dinyatakan dalam Al qUR'AN:

ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٌ۬ مَّعۡلُومَـٰتٌ۬‌ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلۡحَجِّ


(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.(Al Baqarah 199)

Terdapat 3 perkara tambahan yang mesti dipatuhi sebagai larangan semasa mengerjakan haji:

1. فَلَا رَفَثَ : tidak boleh mencampuri isteri. Yang risaunya kalau secara isyarat atau secara imagine pun tidak boleh. Aku pula pilih pakej sebilik dua orang dengan isteri. Tapi insyaallah boleh control.

2. وَلَا فُسُوقَ : tidak boleh membuat maksiat. Ini juga semasa melakukan haji kadang kadang kalau tidak dijaga boleh menjerumuskan kita ke dalam maksiat.

3. وَلَا جِدَالَ:tidak boleh bertengkar. Sering sekali kita boleh bertemu dengan orang bertengkar atau suasana yang boleh mendorong kita untuk bertengkar. Control ya syeikh, walau pun ego kita rasa sangat tercalar dan tercabar.



Apabila kita jaga semua ini, mudah mudahan haji yang dilakukan adalah mabrur.