Monday, January 4, 2010

PEKERJAAN HAJI.....6

Assalamualaikum,

Sa'ie

Sa'ie adalah berjalan ulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mengikut syarat syaratnya. Jumlah ulang alik ini adalah 7 kali. Jumlah km yang dilalui adalah sekitar 2.3 km setiap satu set sa'ie.

Sa'ie dilakukan selepas tawaf. Sekiranya anda saksikan pelbagai perlakuan semasa anda mengerjakan sa'ie, maka anda jangan perdulikan. Ikut sahajalah apa yang telah diajarkan oleh ustaz anda anda atau guru anda. Saya katakan demikian kerana berkemungkinan anda akan bertemu dengan pelbagai perlakuan sa'ie yang tidak termasuk dalam apa yang anda pelajari. Jadi, kadang kadang timbul rasa ingin membetulkan orang lain kerana anda rasa orang tu buat tidak betul.

Sa'ie ini adalah mengambil falsafah daripada jerih Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail yang berlari lari mencari air untuk anaknya yang menangis.

Anda boleh lakukan sa'ie dilantai bawah, atau lantai 2, rooftop atau basement. Yang memudahkan ialah sa'ie dilakukan dalam keadaan tidak disinari matahari. Tetapi berjalan berkaki ayam di atas tile atau jubin, kematu juga tapak kaki.

Bila dah selesai tawaf dan sa'ie, dan bila telah berada kembali dibilik hotel, sedap kalau betis dipicit dan diurut orang.