Wednesday, December 3, 2008

ANALISIS PILIHANRAYA KECIL K TERENGGANU: PRA PENAMAAN CALON

Assalamualaikum,


.................sambungan

4. Kekuatan PAS. Adakah PAS kuat di KT? PAS sememangnya mempunyai kekuatan di KT, juga di Terengganu. Kekuatan ini bersifat dua muka: wajah pertama; kekuatan yang tidak mutlak, bermaksud, dalam keadaan yang kuat pun ia boleh dikalahkan. wajah kedua; ia tidak boleh dipandang remeh oleh lawan. Sekiranya lawan, atau BN memandang rendah keupayaan PAS di KT, itu alamat BN akan bungkus. Ini diketahui sendiri oleh BN.
5. Kekuatan UMNO/BN. Secara mutlak, kekuatan UMNO/BN di KT adalah even dengan PAS. Tetapi UMNO punyai banyak kelebihan: 1. berkuasa 2. Ada duit minyak 3. Ada media 4. Ada jentera yang dilincirkan oleh duit minyak.
6. SPR. Sekiranya SPR bertugas untuk menjalankan proses pilihanraya yang baik, maka kelebihan tidak akan menyebelahi mana mana pihak. Sebaliknya kalau SPR bertugas untuk memenangkan UMNO, maka UMNO boleh menang.
7. Main tipu. Sekiranya mana mana pihak yang bertanding dalam pilihan raya melawan UMNO menyangka tidak akan ada sebarang penipuan, maka ia jahil. Dalam prk ini saya menjangka akan ada penipuan. Sekiranya penipuan tersebut dapat digagalkan, maka, peluang UMNO mengecil.
8. Faktor Mat Said. Saya tidak menjangka Mat Said mampu bermain busuk seperti Idris Jusuh. Jadi di sini, peluang UMNO mengecil.
9. Faktor pengundi muda. Jumlah pengundi baru yang dimasukkan dalam senarai pemilih sejak Mac 2008 akan memberi sedikit kesan kepada arah mana mereka akan mengundi. Yang menentukan siapa akan mereka undi nanti ialah isu semasa kempen pilihanraya. Sekiranya media UMNO/BN lebih kuat, mereka akan condong kepada BN. Tetapi sekiranya ada personaliti PAS/PR yang mampu menarik mereka, maka mereka akan beri undi kepada PAS.
10. Pengundi non-Muslim. Pada hari ini non-Muslim, terutama orang Cina ramai yang akan memberi undi kepada PAS. Antara sebabnya ialah isu ketuanan Melayu, isu orang UMNO protes babi, Chua Soi Lek dipanggil polis, isu Teresa Kok. Hanya yang MCA tegar akan pangkah dacing.
11. Prestasi key personalities semasa kempen. Anwar Ibrahim akan tarik non Muslim, pengundi muda, dan pengundi educated. Tuan guru Nik Aziz akan tarik pengundi konservatif. Tuan Guru Haji Hadi akan tarik pengundi Ganu-centric. Yang paling penting ialah prestasi ustaz Azizan, adakah dia boleh meyakinkan pengundi yang tercari cari reason untuk mengundi PAS atau UMNO. PAS perlu menurunkan semua saf profesional nya untuk berkempen, kerana pengundi KT telah terbiasa dengan para ustaz dan lebai. UMNO akan menghadapi sedikit masalah di sini, sebab ada unsur sophiscation pada pengundi KT, kerana mereka punyai pengaruh urban. Penceramah UMNO akan dipersepsikan sebagai perasuah. Kempen UMNO akan laku di kampung kampung. Di kawasan separa urban, UMNO akan menghadapi masalah persepsi ini.
12. Sekiranya Mat Sabu atau Wan Mutalib Embong atau Mustafa Ali calon PAS, UMNO dapat sedikit kelegaan. Tetapi kalau Dr. Syed Azman calon PAS, UMNO kena cari calon yang ada PhD atau medical doctor.
13. Faktor Tok Mun atau Hanafi Mamat. Pusingan kali ini, saya rasa, UMNO akan benarkan seorang sahaja pengacau daun bertanding. Tetapi siapa pun yang bertanding diantara kedua ini, undi yang mungkin dapat diraih kurang daripada 100.
14 Cuaca pada hari pembuangan undi saya jangka cerah waktu pagi, dan hujan selepas jam 11:00 pagi
15. Peratus keluar mengundi adalah sekitar 75%
16. Siapa menang? PAS. Majoriti antara 700-800 undi.
17. Andaian ini akan kekal, atau berubah setiap hari, bergantung pada penilaian hari tersebut.