Saturday, December 6, 2008

RENUNGAN RAKYAT TERENGGANU

Assalamualaikum,


Kira kira sebulan setengah yang lepas, saya rasa terpanggil untuk membuat satu posting mengenai Terengganu. Kalau nak baca klik di sini. Sekarang saya rasa rakyat Terengganu lebih lagi memerlukan pandangan orang luar terhadap mereka itu didedahkan.
Terengganu telah diperintah oleh UMNO/Perikatan/BN untuk tempoh yang panjang, hanya diseli oleh pemerintah PAS sekejap dalam tahun 1960an dan 1999-2004. Tempoh pemerintahan PAS yang pendek dan terpotong potong menjadikannya sukar bagi PAS untuk menghasilkan kejayaan jangka panjang.
Setelah sekian lama di bawah pemerintahan UMNO/BN, rakyat Terengganu rata rata masih berada dalam zaman 60an, atau apa yang saya namakan zaman pop yeh yeh yang dicirikan oleh karektor dalam majalah Gila Gila Si Mamud berjambul tinggi menghayak girlfriendnya Si Zainab ke sana ke sini dengan Vespa.
Rata Rata UMNO/BN gagal untuk memajukan rakyat Terengganu dari segi ketemadunan, sederap dengan kemajuan yang dicapai oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Seperti yang saya tuliskan dalam posting mengenai Terngganu yang terdahulu, negeri Terengganu adalah sebuah yang kaya dengan pelbagai sumber, tetapi pendapatan daripada sumber sumber tersebut tidak menitis kepada rakyat Terengganu yang jelata. Yang mendapat habuan besar ialah mereka yang berada dalam UMNO, samada sebagai pemimpin atau pengampu. Sebab itu ukuran berjaya atau tidak anda di Terengganu ialah dengan melihat kereta anda. Kalau anda ada Mercedez, anda berjaya. Kalau tiada Mercedez, by hook or by crook, dapatkan satu.
Rakyat Terengganu yang jelata adalah kedua termiskin di Malaysia. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan negeri Terengganu adalah negeri yang mengeluarkan jumlah petrolium terbanyak. Apakah yang didapati oleh rakyat jelata di Terengganu yang berkaitan dengan minyak? Yang didapati mereka ialah inflasi yang tinggi. Harga barangan di Terengganu jauh lebih mahal daripada negeri negeri lain. Negeri Terengganu mempunyai jumlah nelayan yang ramai. Hasil tangkapan ikan pun banyak. Tetapi nelayanlah antara bidang pekerja yang menghasilkan penduduk miskin di Terengganu. Harga ikan dikedai makan adalah antara yang termahal di Malaysia, tetapi nelayan Terengganu tetap dibelenggu miskin.
Kenapa rakyat Terengganu miskin? Sebabnya ialah pemimpin UMNO/BN yang diangkat oleh pengundi Terengganu untuk memerintah negeri tersebut tidak mampu untuk mencipta pekerjaan. Wang royalti, wang ihsan, daripada sumber minyak tidak reti digunakan oleh pemimpin UMNO/BN Terengganu untuk menitiskan kemakmuran kepada rakyat. Yang dicongak dalam fikiran mereka apabila memerintah Terengganu ialah: bagaimana wang yang begitu banyak boleh masuk ke dalam poket mereka.
Cara untuk memasukkan wang negara, atau wang negeri ke poket anda senang sahaja. Buat projek pembinaan. Sekarang anda telah terbayang projek yang telah dijalankan oleh UMNO/BN dalam tenure mereka 2004-2008? Yang mencetuskan idea buat projek anda sendiri. Yang meluluskan projek anda sendiri. Tak kan lah anda begitu bebal untuk menganugerahkan projek tersebut kepada orang lain. Kan lebih cocok kalau projek itu dianugerah kepada diri sendiri, atau para kerabat, atau para kroni.
Tetapi kalau anda anugerahkan projek kepada diri sendiri nanti dikejar BPR. Walau pun dalam banyak kes boleh di cover, tetapi lebih licin kalau buat proxy. Suruh proxy anda tubuhkan satu sendirian berhad. RM 2.00 je, tak mahal. Kemudian berikan projek kepada syarikat proxy. Syarikat proxy ini pula cari syarikat yang benar benar boleh buat kerja, suruhlah syarikat itu buat pada harga yang dipersetujui, tentunya lebih rendah. Lepas, itu tunggu saja payment; perbezaan antara bayaran diterima daripada tabung negeri dengan yang perlu dibayar kepada subkontraktor itulah yang masuk poket anda. Jadilah anda Ali yang memberi kepada si Baba.
Bila projek itu habis, buat projek lain. Buat lagi dan buat lagi selagi perbendaharaan negeri belum kering.
Bagaimana pula dengan kroni yang tertinggal daripada mendapat habuan, kerana projek tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua orang. Senang sahaja. Tubuhkan anak syarikat negeri. Tubuhkan seberapa banyak yang mungkin. Ahli lembaga pengarah dan mereka yang memakan gaji daripada anak anak syarikat sudah tentulah kroni. Jadi bila mereka ada pendapatan , maka mereka tidak bising. Tidak kiralah anak syarikat tersebut rugi, sebab kalau rugi, wang perbendaharaan negeri boleh bail out. Buat lah research untuk mendapat statistik dalam bidang ini.
Bagaimana pula dengan PBT? Ia akan menjadi satu keanihan kalau ceritanya berlainan dengan apa yang umumnya berlaku. Ringkasnya, cerita sama diulang pada skala yang lebih kecil. Dan diperingkat yang lebih kecil? Ulang sahaja, cuma sifar dalam angka yang mengiringi RM akan mengecil.
Hasil daripada setengah abad pemesongan kekayaan negeri dilencungkan daripada rakyat, maka rakyat Terengganu masih belum boleh membebaskan diri mereka daripada kemiskinan, dan tidak melonjak dari segi ketemadunan. Walau pun segala sumber asli dianugerahkan Allah kepada bumi Terenganu, namun kekayaan tidak meruah kepada mereka.
Ramai daripada rakyat Terengganu yang kekal daif. Dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu, masih ramai yang daif.
Memilih BN akan mengekalkan mereka dalam kedaifan ini.