Monday, December 1, 2008

TUAN GURU TU KERAMAT

Assalamualaikum,


Semasa Tuan Guru Nik Aziz sedang berceramah, Mat Cincin yang sedang memerhatikan penceramah berkata kepada Mat Tempe : Tengok si kambing tu bercakap, mengembik aje! Sebaik sahaja Mat Cincin berkata demikian, tiba tiba Mat Cincin tidak boleh bertutur lagi. Puas dicubanya untuk bertutur, tetapi, lidahnya menjadi kelu dan suara yang keluar dari mulutnya bukan suara biasa beliau, tetapi berbunyi embeeek, embeek! mat Cincin sudah ketulahan, dia telah terkena keramat Tuan Guru Nik Aziz, dan sampai hari ini dia terus mengembik!
Anda pernah dengar cerita seperti ini? Cerita ini merebak luas semasa diperingkat awal pemerintahan PAS di Kelantan dulu. Saya selalu berpesan kepada ahli ahli usrah saya, sekiranya anta dengar cerita yang sedemikian, matikan cerita itu, dan jangan dipanjangkan kepada orang lain. Sebabnya ialah cerita cerita sedemikian adalah rekaan pihak perang saraf musuh untuk dijadikan modal mereka semasa pilihan raya. Dan memang benar, dalam pilihanraya 1995, salah satu propaganda yang ditabur oleh BN dalam phamplet mereka ialah orang PAS songsang aqidah mereka kerana menganggap Tuan Guru Nik Aziz itu keramat.
Bukan kah sekarang ada orang PAS yang melabelkan orang PAS yang lain Erdogan la, itu la , ini la. Pada analisis saya ini adalah ulangan letusan isu IRC yang melanda PAS dalam tahun 1980an. Saya percaya dalam isu IRC dulu, anda anasir yang telah ditanam dalam PAS yang diarahkan menimbulkan kesangsian dan cocok mencocok dikalangan ahli PAS kerana pihak lawan PAS kuatir ramai mereka yang berpelajaran tinggi telah mula berjinak dan berjuang dalam PAS. Dalam kekalutan pusingan itu, ada ustaz dan pimpinan tinggi PAS pun turut menjadi bebal termakan racun yang ditabur oleh anasir anasir ini.
Sekarang modus operandi yang sama digunakan. Ditanamkan dalam PAS orang yang berpura sebagai orang PAS, dan kemudian menaburkan fitnah kononnya pemimpin ini sedemikian, dan pemimpin ini sedemikian semata mata bertujuan mencipta perpecahan dalam PAS. Bezanya dalam tahun 80an belum ada blog. Tetapi sekarang anasir anasir ini buat blog semata mata bertujuan menghentam individu tertentu.
Gerakan ini sekarang berjaya mewujudkan apa yang kononnya dilabel sebagai golongan moderate dalam PAS, dan ada golongan conservative dalam PAS. Yang moderate direstui oleh TGNA dan yang conservative direstui oleh TGHH. Dikaitkan juga dengan ethnic cleansing yang akan berlaku, dan telah dimulai di Selangor.
Ini adalah bibit bibit dan benih benih pergolakan dan pergeseran yang ditabur oleh musuh yang merencanakan ketempangan dan mungkin kejatuhan PAS. Bila PAS jatuh, puak inilah nanti yang paling gembira, sedangkan mereka duduk dalam PAS. Dan ada juga pemimpin PAS yang bebal tak habis. Masih lagi tidak dapat membaca kocakan air dan persilatan jahat ini.
Kalau anda terserempak dengan perkara seperti ini, matikan ceritanya dan jangan dipanjangkan. Kalau anda tahu si tukang pencanang, itu lah musuh yang ditanam dalam kelambu anda.