Saturday, February 28, 2009

CELAKA

Assalamualaikum,

Rakyat Malaysia telah terbiasa dengan penggunaan perkataan kemalangan untuk merujuk kepada accident. Tetapi UMNO tidak mahu menggunakan perkataan tersebut, kerana mungkin tidak cukup power bagi menerangkan keadaan yang berlaku.


Oleh itu mereka telah memaksa rakyat untuk menggunakan perkataan celaka untuk menggantikan perkataan malang. Dengan itu UMNO merujuk kepada accident sebagai kecelakaan, dan bukan kemalangan.

Apabila Karpal menggunakan perkataan celaka tehadap UMNO di dalam parlimen, maka tersemburlah kemarahan yang amat sangat di kalangan UMNO, sehingga pemudanya bertukar menjadi gangster dan mobster untuk mengkasari Karpal Singh.


Mengapa ajar rakyat gunakan perkataan tersebut kalau anda sendiri tidak suka perkataan tersebut digunakan. Yang jelas ialah, kalau perkataan tersebut digunakan untuk pihak lain, UMNO tiada halangan. Cuma jangan digunakan terhadap UMNO. Mengapa tidak di suffix kan awal awal bahawa perkataan celaka boleh digunakan di mana sahaja, melainkan kepada UMNO.


Karpal cuma menggunakan perkataan yang anda ajar suruh guna!