Friday, February 27, 2009

GANGSTER DAN MOBSTER

Assalamualaikum,


Apabila saya tulis mengenai gangster menjadi ketua,memang telah ada rekod bahawa banyak pelanggaran undang undang di negara ini bukan sahaja dilakukan oleh penjenayah jalanan, tetapi juga oleh penjenayah yang dapat perlindungan politik. Terutamanya politik yang memegang tampuk kuasa.

Tahun 1960an UMNO memperagakan pemuda tahan lasak mereka yang memperlakukan kepada mereka yang menentang UMNO dalam politik dengan perlakuan jenayah, penghinaan, pengherdikan, pencabulan, ugutan, mencedera, serta segala macam pelanggaran undang undang berbentuk keganansan.

Dalam tahun 1990an apabila satu seminar mengenai Timur Timor diadakan di Kuala Lumpur, keganasan mereka ini diaplikasi lagi bila pemuda UMNO dan pemuda BN merempuh seminar tersebut dan mengganggu secara paksa perjalananya dengan merosakkan peralatan dan lain-lain kemudahan seminar.


Semenjak piliharanya umum ke 12, pelbagai tindakan gangster telah mereka lakuakan, secara berterusan dan lepas daripada sebarang tindakan undang undang.

Perlakuan gangsterism dan mobsterism yang mereka lakukan di bangunan parlimen semalam adalah salah satu siri keganasan yang berterusan.

Budaya ini mesti dihentikan.