Wednesday, February 25, 2009

KECEMERLANGAN MALAYSIA SETAIL BN

Assalamualaikum,


Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).







Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.



Sebagaimana yang kita sama sama tahu, kalau apa pun bukti yang dikemukakan, instrumen negara tidak akan melayan laporan, bantahan atau desakan daripada selain UMNO/BN. Tetapi sekiranya ada cop UMNO/BN, maka dengan segera tindakan dilakukan dan dilaungkan: bukti telah cukup untuk mendakwa si polan di mahkamah!

Sehingga lembu yang diberi cop UMNO/BN pun diterima aduannya.


Begitulah cemerlangnya Malaysia!