Wednesday, February 25, 2009

TERJUMPA GAMBAR BOGEL

Assalamualaikum,


Saya tidak cuba mencari. Tetapi saya layari blog blog penyokong UMNO yang meninggalkan komen mereka di merata blog. Kalau nak tahu ciri blog penyokong UMNO ini, senang sahaja. Isinya penuh dengan fitnah, nista serta cerca terhadap PR, terutamanya terhadap Anwar Ibrahim.



Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa sangat kurang hajar. Bahasa kesat. Bahan yang digunakan selalunya lucah dan tiada nilai intelektual. Penuh dengan ampu ampuan.


Cuma saya tidak sangka mereka juga menyediakan gambar gambar lucah. Salah satu gambar dikatakan gambar sensasi seorang YB perempuan dari DUN Selangor dalam posisi yang dikatakan intimate.



Mengapa blog blog ini boleh menyiarkan gambar seperti ini?

Atau adakah mereka dibekalkan dengan gambar gambar ini?