Monday, February 23, 2009

DUA ALI: IBRAHIM & SYED HUSSEIN

Assalamualaikum,


Beberapa tahun yang lepas saya telah mencadangkan dalam mesyuarat PAS perhubungan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Ustaz Hassan Shukri supaya Dr. Syed Husin Ali dicalonkan ditempat selamat di Kelantan bagi memungkian beliau memasuki parlimen.


Saya cadangkan demikian kerana beliau adalah seorang yang berwibawa dan atas tiket PSRM beliau tidak berjaya untuk ke parlimen. Saya tidak tahu siapa yang memanjangkan idea saya itu, tetapi PKR kemudian telah mencadangkan Syed Husin bertanding di Kota Bharu dalam PRU 2004 atas tiket PKR.


Idea tersebut telah dipancung oleh Tuan Guru Nik Aziz. Silapnya PKR ialah mereka tidak memaklum terlebih dahulu hasrat mereka itu.


Dalam PRU 12, 2008, PAS telah menunjukkan trait biasanya sebagai Pak Lebai, dan telah bersetuju memberi peluang kepada anak seorang Pak Ali bernama Ibrahim untuk bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas.


Dalam kes Syed Husin Ali, idea tersebut dipancung kerana trait Pak Lebai PAS yang tidak ketahuan arah. Dalam kes Ibrahim Ali, beliau mendapat restu juga kerana trait Pak Lebai PAS yang tidak ketahuan arah.

Now you know the rest of the story.