Sunday, July 31, 2011

LINGLET, TANAHLATA, BLINCANG

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apa, ingat saya hantar anak saya pakai lori saya ni hina ke? kata orang itu memarahi aku. Aku telah memberhentikan kereta aku dibahu  jalan ditepi tasik hape ke namanya di Ringlet. Pada masa itu tasik atau impounding iu kering, yang kelihatan hanyalah sediment berwarna kuning kemerahan. Seingat aku itu dalam tahun 2004.


Bukan begitu encik, anak encik dan encik dilayan sama seperti orang lain, jawab tu. Ahh, encik memang nak menangkan cikgu encik, jawabnya pula. Memang, dalam berbalas cakap tu, aku memang defend cikgu aku. Dia ni cantik, tetapi tidak suka senyum, jadi bila orang yang hantar anak ini dengan lori kecilnya yang digunakan untuk berniaga sampai setelah kelas dimulakan, cikgu aku ni buat muka masam aje.


Saya akan tarik anak saya keluar dari PASTI encik. Memang benar, kemudian dia tidak menghantar anaknya ke PASTI tersebut, hanya kerana cikgu ni tidak suka senyum dan akhirnya menjadikan customer membuat pelbagai andaian.



Jumaat lepas, setelah solat jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, aku cari peluang makan makan di starbuck tanah rata, lepas asar bini pergi nyoping di pasar tani brincang sedang aku tidoq dalam kereta sampai kena selsema.

Semuanya kerana pergi linglet, tanalata dan blincang.