Tuesday, August 2, 2011

PUCAT BIBIR

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Kerana traffic terlalu sesak, persimpangan Jalan Pantai Baru ke Kampung Kerinchi dan Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur perlu dibantu oleh polis trafik untuk melancarkan perjalanan kenderaan semasa waktu keluar pejabat. Itu sekira 15 tahun yang lalu.


Pada ketika itu aku lihat seorang polis trafik sedang mengarahkan aliran trafik ke sana dan ke sini dengan memberi isyarat menggunakan tangan dan whistle.

Aku perhatikan bibir polis trafik tersebut pucat dan lesi dipanah pancaran mentari petang. Waktu itu sekitar jam 5:00 petang.

Pada ketika itu aku mendoakan agar Allah memberikan RahmatNya kepada anggota polis trafik berkenaan kerana beliau bertugas dalam keadaan yang sangat mencabar. Semuga rezeki yang beliau perolehi dengan bertugas dalam keadaan yang sangat mencabar itu adalah  halalan dan toiyibah.

Aku tahu, daripada keadaan bibirnya yang pucat itu,

beliau sedang berpuasa