Monday, August 1, 2011

MASJID AJAIB

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pernah aku bercerita bagaimana panasnya semasa solat jumaat di kebanyakan masjid masjid di Malaysia. Dan aku terpesona dengan Masjid Raya Batam yang flooringnya menggunakan granite yang tidak di karpet, dan dengan itu sejuk granite tadi berserta dengan tiupan angin laut menjadikan ia refreshing dan menyegarkan.


Cuba kau pergi solat jumaat di ruang tengah Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dengan silingnya yang rendah, karpet setebal sejengkal, serta sistem ventilation yang sangat tidak bagus, kau akan terasa seperti sedang berlari ditengah panas terik.

Pada aku Masjid Abu Bakar di Cameron Highland adalah salah satu masjid yang boleh dikategorikan sebagai ajaib, kerana ia tidak menggunakan kipas seperti kebanyakan masjid di Malaysia.
Oleh kerana cuaca di Cameron Highland itu sendiri sudah sekitar 14C atau 15C pada waktu siang, maka penggunaan kipas dalam masjid sudah menjadi tidak releven, kerana seluruh alam sekitarnya sudah di air cond kan.

Kau perhatikan dalam masjid ini, tidak ada kipas yang digunakan. Semasa aku solat di masjid ini, karpetnya pun aku rasa baru diganti, sebab bau karpet baru sangat menusuk pada ketika itu.
Dan kalau kau perhatikan, di ruang mehrab, di mana imam sepatutnya berada semasa mengimami solat tidak dihuni oleh kipas, seperti di kebanyakan masjid masjid di Malaysia
.