Tuesday, August 2, 2011

ZIONIS MENARI NARI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Semasa berita kematian Yasser Arafat, aku lihat di tv perhimpunan kecil zionis menari nari di Bait ul Maqdis kerana teramat gembira dengan berita musibah yang menimpa orang yang melawan mereka. Zionis kecil pun ku lihat berjoget joget kegembiraan.


Ada sebahagian rakyat Malaysia yang menunjukkan sentimen yang sama seperti zionis. Bila berita najib selamat dibedah lututnya, maka ada sebahagian rakyat Malaysia yang mengutuk, dengan penghinaan bahawa doktor jumpa otak najib di lututnya, kerana otak orang itu berada di situ, satu penghinaan untuk menunjukkan betapa bodohnya insan yang dibedah lututnya itu.

Pada masa yang sama keluar berita ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah, masuk IJN kerana sakit dada. Kalau disuruh pilih antara najib dengan ustaz Azizan, aku akan segera sokong ustaz Azizan, tetapi aku tidak mahu menghina najib, terutama semasa dia ditimpa musibah.

Musibah boleh menimpa siapa sahaja. Najib ke, ustaz Azizan ke, Karpal Singh ke, yang sekarang berkerusi roda, Lim Kit Siang ke yang mengalami masalah sebelah mata, Anwar ibrahim ke yang pernah mengalami slipped disc, Mat Sabu ke yang disekeru belakang lututnya. atau siapa sahaja.

Perangai hodoh juga adalah satu musibah. Zionis yang menari nari itu memang mempunyai perangai dan kesumat yang hodoh. Janganlah hodoh zionis itu menjangkit ke kamu, terutama

dibulan Ramadhan ini