Friday, August 5, 2011

FASTABAQUL KHAIRAT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Dan bagi tiap tiap umat ada arah (kiblat) yang masing masing menujunya; oleh itu berlumba lumba lah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah akan tetap membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah maha kuasa atas tiap tiap sesuatu.
 Al Baqarah 148




Terpesona aku dengan nama masjid ini. Namanya ialah Masjid Jame' Fastabiqul Khairat, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor.



Dalam Crescent International sekitar 1990an ada aku terbaca nama sebuah madrasah di Afrika yang berbunyi Sabilurrisyad. Berkenan sungguh aku dengan nama itu, yang juga diambil daripada Al Qur'an. Maka dalam satu mesyuarat aku mencadangkan kepada sahabat sahabat aku menamakan salah sebuah PASTI kami sebagai SABILURRISYAD.

Berpuntal lidah syeikhhh, jawab mereka.