Wednesday, July 30, 2008

AUKU DAN PARA PELAJAR

Assalamualaikum,

Para pelajar sepatutnya memberi respon yang lebih bertenaga mengenai gembar gemburan yang Akta Kolej dan Kolej Universiti akan dipinda untuk membolehkan beberapa kelonggaran kepada komuniti berkenaan direalisasikan. Tetapi respon yang saya amati di sini amat kelu.
Akta tersebut selama ini telah mengekang kreativiti pelajar sehingga pelajar universiti bermentaliti seperti budak sekolah. Betapa kan tidak, mereka mudah digertak, kalau tak undi aspirasi, tak dapat duduk kolej. Maka gementar yang amat sangatlah mereka apabila mendengar titah yang sedemikian.
Kalau ada yang berkumpul disurau lebih lama daripada masa yang diamabil untuk berwirid, maka ia dicop sebagai sedang berusrah, yang mana usrah pada pandangan sebahagian universiti sebagai suatu aktivit yang membahayakan. Seorang rakan saya, semasa menjadi fellow di sebuah kolej kediaman di sebuah IPTA menceritakan pengalamannya berbincang dengan pelajar di surau kolej tersebut. Dalam masa beberapa minit sahaja tiba-tiba muncul Timbalan Naib Cancelor HEP di situ, dan TNC HEP ini memberi amaran kepada kawan saya ini supaya jangan campur tangan dalam aktiviti pelajar. Rupanya semasa kawan saya ini berada di surau tersebut, seorang pelajar berjawatan spy TNC telah memberi tahu secara direct kepada TNC tentang satu mesyuarat sulit sedang berlangsung di surau. Lantas si TNC bingkas meninggalkan meja empuknya dan bergegas ke lokasi yang dimaksudkan. Tetapi jelas ia adalah fitnah yang suka ditabur oleh puak ni.
Selalu kami di universiti ni , samada tenaga akademik atau pelajar, menerima e mail dari pihak pengurusan universiti melarang keras penglibatan dalam proses pilihanraya. Siapa yang terlibat, maka tindakan sekeras kerasnya akan diambil terhadap mereka. Ini biasanya berlaku kalau ada pilihanraya, kecil atau besar. Tetapi yang jel;eknya ialah, kalau mereka yang dilarang ini terlibat dengan jentera pilihanraya BN, mereka dibenarkan, dan diberi kemudahan pula. Dalam pilihanraya kecil Ijok 2006, pemandu bas di sebuah IPTA menceritakan bagaimana yang bertugas mengangkut pelajar sebuah Universiti ke bilik gerakan BN yang khas untuk pelajar. Yang ini dibenarkan pula.
Dalam pru12, seorang tenaga akademik sebuah IPTA secara terang dan aktif menyediakan logistik untuk membawa pengundi hantu ke Kelantan. Yang ini pun boleh juga.
Tapi kalau anda cuba-cuba nak mirip politik lawan arus, ha, jaga kau. Macam macam keseksaan akan ditimpakan pada kau.
Pelajar tidak boleh berpolitik. Tapi kalau menyokong dan bekerja untuk parti politik pemerintah, bisa saja. Yang tak boleh, menyokong politik alternatif. Adil ke tu?
Kalau para pelajar menerima terma terma diatas, memang mereka bebal.
Anda tak bebal kan?