Monday, July 28, 2008

RISE TO THE OCCASION

Assalamualaikum,
Seperti yang dijangkakan, rakan PR telah mula membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan pertemuan PAS dengan UMNO. Akhbar hari ini melaporkan Karpal Singh mempersoalkan kesetiaan PAS dalam PR, mempersoalkan pelawaan Tuan Guru Nik Aziz untuk membubarkan kedua dua UMNO dan PAS, dan juga kenyataan timbalan presiden PAS yang mengatakan orang Melayu sudah mula mempercayai kes liwat Anwar Ibrahim.
Para strategis PAS seharusnya telah membaca perkembangan ini terlebih awal, dan mestilah sepatutnya telah bersedia dengan jawapan untuk meredakan suasana ini. Cuma dalam banyak hal, kemelut dan persoalan seperti ini hendaklah ditangani dengan cermat dan tidak membuat satu kesilapan yang menyukarkan.
Kesilapan yang menyukarkan itu maksud saya ialah multiple error, atau kesilapan berganda. Ini adalah satu kesilapan diikuti oleh satu kesilapan dan diikuti oleh satu kesilapan lagi, dan sekiranya tidak dikawal, ia akan terus jadi berganda. Untuk membetulkannya iaitu kesilapan berganda ini, saya rasa memang sukar. Jadi strategi yang paling selamat ialah pernyataan yang bersifat non-committal.
Sekiranya benar seperti yang dilaporkan timbalan presiden PAS ada membuat pernyataan mengenai kes liwat DSAI, maka ini adalah satu simpang baru yang terbentuk yang boleh menghalakan perjalanan PR ke satu perjalanan yang terhentak hentak. Ia memang tidak mendatangkan sebarang keselesaan.
Di sinilah mutu seorang pimpinan itu timbul dan dinilai.
Adakah ia boleh rise to the occasion.