Friday, August 1, 2008

MENINGGIKAN KUALITI ORANG MELAYU

Assalamualaikum,

Apabila mereka kalah diluar jangkaan dalam pru yang lepas, maka UMNO dan mereka yang menyanjungnya terus sheboh dengan perpaduan melayu dan ketuanan Melayu. Seolah orang Melayu di Malaysia ini telah parah sangat dan dalam keadaan yang sungguh nazak, Tetapi itu sebenar tidak benar. Orang Melayu mtersu berada dalam keadaan yang kukuh, cuma orang Melayu yang tidak sealairan dengan UMNO telah beralih kepada pandangan bahawa tidak boleh diubah lagi bahawa Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap mereka adalah warganegara . Oleh itu warganegara yang bukan Melayu tidak boleh dimomok momok dan digertak ssesuka mungkin atas alasan melayu itu tuan.
Tetapi memang diakui ada aspek aspek tertentu orang Melayu masih tertinggal berbanding dengan komuniti lain, terutamanya komuniti Cina. Oleh itu, untuk memastikan orang Melayu terus mempunyai daya saing dan boleh menyaingi, kalau tidak pun mengatasi komuniti lain di malaysia ini, maka kualiti orang Melayu itu mesti diangkat. Selama ini, UMNO berkata mereka telah berjaya mengangkat kualiti orang Melayu melalui pelajaran. Tetapi kalau bukan UMNO yang memerintah pun, orang Melayu kualiti orang Melayu akan diangkat dengan jalan yang mungkin sama. Jadi bukan UMNO sahaja yang mampu melakukannya. UMNO juga mengatakan mereka telah berjaya mengangkat sebilangan orang Melayu sehingga menjadi usahawan. Pun itu kalau Melayu itu kroni.
Yang UMNO gagal ialah melonjakkan kualiti orang Melayu dari segi syakhsiah dan moral. Akhlak anak Melayu semakin meredum sejak UMNO berkuasa, dan penyakit sosial tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu, untuk meninggikan kualiti orang Melayu, penekanan kepada syakhsiah, moral, pegangan kuat kepada ugama Islam akan memacu mereka kepada aras kemajuan yang lebih tinggi. Langkah pertama untuk melonjakkan mutu orang Melayu ialah dengan mengenepikan UMNO, dan gantikan program mereka dengan program pencanaian kualiti orang Melayu yang baru.
Selain daripada itu, kualiti mesti juga diikuti dengan kuantiti. Saya rasa dari segi demografi, jumlah orang Melayu adalah terlalu sedikit. Dengan saya mencadangkan semua orang Melayu memegang teguh pesanan Rasulullah s.a.w. supaya mereka menghasilkan zuriat yang banyak. Zaman sebelum merdeka, ramai orang Melayu yang mempunyai anak yang mencapai bilangan berbelas.
Zaman mutakhir ini, saya juga mencadangkan agar generasi muda Melayu menambahkan zuriat mereka pada kuantiti yang sekira kira banyak. Pada pendapat saya, jumlah anak yang perlu dipunyai oleh keluarga Melayu sepatutnya tidak kurang daripada 4. Tetapi cubalah untuk sampai 8. Dan sepatutnya mana-mana keluarga yang menghasilkan jumlah anak mencecah 10 dan ke atas, hadiah penghargaan hendaklah diberikan kepada mereka.
Kalau orang Melayu boleh menaikkan kualiti mereka, dan menambahkan kuantiti mereka, saya rasa isu ketuanan Melayu tidak timbul.
Saya telah pun berusaha ke arah itu. Anak saya 8. Dengan satu ibu.