Thursday, July 31, 2008

RENTETAN UMRAH: TEKNOLOGI MENGUBAH NILAI

Assalamualaikum,

Semasa saya sampai di Jeddah untuk pertama kali dalam tahun 1982, seorang penumpang di sebelah saya mengingatkan saya supaya jangan mengambil gambar, kerana Saudi Arabia pada masa itu tidak membenarkan fotografi dilakukan di tempat-tempat tertentu. Dan semasa mengerjakan Haji dan umrah kali yang berikutnya, saya pu patuh dengan larangan tersebut.
Dalam tahun 2004, semasa megerjakan umrah, isteri saya cuba mengambil gambar masjid Haram dari dataran yang menghadap bab ul Fahd. Dalam masa sekita sahaja sampai pihak keselamatan mereka yang berpakaian awam dan terus menghalang isteri saya daripada mengambil gambar. Cubaan tersebut dilakukan di luar masjid.
Saya selalu berangan-angan untuk membawa kamera ke dalam masjid dengan tujuan untuk mengambil gambar dalam masjid, kerana ini boleh digunakan untuk tujuan memberi kursus, supaya apa yang diterangkan itu akan nampak lebih jelas lagi. Tetapi, setiap kali masuk masjid, pengunjung akan diperiksa, dan kalau terdapat kamera, biasanya terus dirampas.
Masuk era handphone. Handphone tidak dibenarkan ke dalam masjid. Kalau didapati, maka akan dirampas. Masuk pula era handphone yang ada kamera. Arahannya ialah handphone yang ada kamera tak boleh bawa masuk, yang tiada kamera boleh. Pernah kita dengan cerita bagaiman pegawai imigresen Saudi merosakkan kamera yang terdapat pada handphone seorang yang ingin memasuki Saudi.
Pada siri umrah saya yang lepas (Mei-Jun 2008), telah masuk pula era rata-rata orang ada handphone, dan rata-rata handphone ada kamera. Teknologi telah menjadikan handphone bersaiz handy dan boleh diselit dipelbagai tempat. Pihak keselamatan tidak lagi temampu untuk memeriksa setiap orang dan menghalang setiap orang yang masuk ke masjid daripada membawa handphone, dan dengan itu membawa kamera. Jadi hampir kebanyakan mereka yang masuk ke dalam Masjidil Haram membawa handphone, dan yang berkamera. Dan dengan itu saya saksikan hampir setiap orang yang mempunyai kamera mengambil gambar di dalam masjid. Ada juga yang mengambil gambar semasa tawaf dan saie. Ada juga yang membuat rakaman. Tidak ada larangan lagi sekarang. Bukan sahaja jemaah yang membawa handphone, pihak keselamatan yang dulunya melarang orang bawa handphone sekarang boleh dilihat menekan butang handphone sepanjang masa.
Jealous saya lihat orang mengambil gambar didalam masjid. Teringin saya untuk lakukannya. Tapi apakan daya.
Handphone ku ketinggalan zaman. Tiada kamera.