Friday, August 1, 2008

POLITICAL ENGINEERING

Assalamualaikum,
Dengan pengumuman yang dibuat mengenai perletakan jawatan Dr. Wan Azizah Ismail sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sebagai tanda memberi laluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil, maka bermulalah era political engineering yang licik di Malaysia. Sedikit demi sedikit skema perjalanan politik PR disingkap oleh DSAI. Ini yang menggerunkan BN dan inilah juga yang menjadikan tidur pemimpin BN sering diganggu oleh igauan ngeri.
Telah sekian lama mereka yang berada dalam arus politik alternatif di negara menunggu kehadhiran seorang yang mampu melakukan political engineering ini. Terkahir kita saksikan almarhum Ustaz Fadzil Nor menyatukan komponen politik alternatif untuk meraih kemenangan besar dalam pru 1999. Sebelum itu Tuan Guru Nik Aziz melakukannya bersama Angkatan Perpaduan Ummah untuk menyapu bersih kerusi dewan undangan negeri Kelantan.
Kemudian masuklah nama nama seperti Tuan Guru Haji Hadi, Nasarudin Mat Isa, Mahfuz, Mat Sabu, Kamarudin Jaafar, Wan Azizah, Syed Husin, Lim Kit Siang, Karpal Singh, dan nama-nama lain yang anda boleh tambah sendiri, namun keterampilan politik alternatif tidak memuncak.
Masuk Anwar Ibrahim. Kesemua kekangan yang ada diruntuhkannya dan ia mencipta satu laluan baru dalam arena politik alternatif. Ia berjaya memecahkan pelbagai tembok, seperti tembok perkauman, tembok kecurigaan antara ugama, tembok ketebalan taksub kepartian, dan paling penting ia membenihkan ketidak percayaan massa kepada media BN dan memasukkan keyakinan inter-race dan inter-party di kalangan rakyat . Ini kemudian diterjemah menjadi undi.
Personaliti seperti ini lalu sekali sahaja dalam perjalanan hidup kita. Oleh kerana anda berpeluang menyaksikannya, menafaatkan sebaik yang mungkin.
Dan sambung usaha ini. Lakukan political engineering.