Tuesday, October 28, 2008

TERMISKIN;MUFLIS IDEA;TERENGGANU

Assalamualaikum,


Kita tahu Negeri Terengganu adalah negeri yang kaya dari segi sumber aslinya. Ia punyai petrolium. Ia pernah punyai sumber asli yang unik dalam bentuk penyu, yang merayau sehingga ke Hawaii, tetapi untuk bertelur penyu tersebut memilih untuk pulang ke Terengganu sekali gus menjadikan negeri tersebut tarikan pelancung.
Ia punyai emas. Pernah seorang pemimpin Terengganu menyuarakan kenapa orang pergi Masjid Rusila? ada emas ke? Memang. Ada emas. Lubuk Mandi hanya beberapa kilometer sahaja dari Masjid Rusila, dan di sana rakyat Terengganu melombong emas. Pernah bekas menteri Yusuf Nor bergambar sambil memegang jongkong emas yang dilombong di sana. Emas yang didapati di Lubuk Mandi jenis alluvial, sodok pasir, goyang goyang buang pasir, kalau nasib baik dapat emas. Begitu mudah. Di negara lain, emas didapati dalam bentuk oksida. Yang dilombong ialah batu, diproses, lama kemudian, barulah dapat sekelumit emas. Oleh kerana emas alluvial duduk dalam urat batuan dan lapisan tanih, maka, kalau anda nak cuba, di bawah tanah pada tapak masjid Rusila tu boleh dapat emas.
Terengganu punyai marble hijau, seperti hijau PAS yang mahal harganya, saya tidak tahu samada telah dieksploitasi atau pun belum. Terengganu punyai pasir yang unik, yang sangat putih dan sangat bernilai untuk dijadikan bahan silicon yang menjadi asas kepada cip komputer. Terengganu ada besi. Terengganu ada air terjun dan jeram yang cantik. Terengganu ada hutan. Terengganu ada sumber perikanan yang boleh datangkan hasil lumayan. Terengganu ada banyak sumber asli yang boleh datangkan hasil.
Tetapi rakyat Terengganu adalah antara rakyat termiskin di Malaysia.
Semasa diperintah PAS, royalti petrolium Terengganu secara jenayah diubah istilah kepada wang ihsan. Bila kerajaan pusat yang langgar undang undang, semuanya dibenarkan. Sekarang wang ihsan itu kembali kepada istilah asalnya royalti, dan heboh akan dikembalikan semula kepada Terengganu.
Dalam penggal pemerintahan yang lepas, pemimpin Terengganu jelas mempamirkan kemuflisan idea untuk membelanjakan wang tersebut bagi maslahah rakyat. Yang terfikir ialah apakah projek yang bersaiz mega, yang kalau dilaksanakan, komisyennya boleh dipoketkan. Maka lahirlah Pulau Duyung, masjid dirar, piala monsun. Juga diwujudkan syarikat dan anak syarikat yang tidak berdaya saing, tetapi cukup helah untuk membelanjakan wang ihsan sebagai gaji kepada kroni yang tidak punyai jawatan lain.
Satu masalah kepada sebahagian kerabat UMNO di Terengganu ialah obsesi yang saya namakan keterliuran merz. Semua mereka sentiasa mengidam item tersebut. Kebajikan rakyat di abai, peluang pekerjaan kepada rakyat tidak dicipta. Kalau team BN dalam sesi lepas mengkering kontang perbendaharaan Terengganu, apa jaminan team sekarang tidak terliur untuk lakukan yang sama?
Penyembelihan telah dilakukan kepada Idris Jusoh. Mungkin sebab ideanya lusuh.
Dengan ekonomi sekali lagi redum, peluang rakyat Terenganu masih lagi gloom.
Kan kah kau sendiri yang pilih itu?