Thursday, April 23, 2009

ISYARAT ZAMBRY KEMELUT AKAN BERAKHIR

Assalamualaikum,

Zambry telah pun memberi isyarat bahawa kemelut politik di Perak akan berakhir:

IPOH 22 April - UMNO sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. [utusan online]

Ini adalah isyarat jelas bahawa mereka yang menasihati UMNO di Perak dan juga di peringkat pusat telah menghidu dan menerima hakikat bahawa mereka telah melakukan terlalu banyak kesalahan undang undang dan tidak jalan keluar bagi mereka lagi.

Pelawaan di atas adalah satu cara untuk mengelak daripada mereka terpaksa membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula di Perak.

Tetapi penyelesaian di Perak hanyalah b0leh dicapai sekiranya pilihanraya bagi keseluruhan Perak diadakan.